Sabtu, 5 Mei 2012

Akhmal.....Akhmal.....!!!

Akhmal dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya malam Khamis 3 Mei lalu. Baru 20 minit sebelum itu dia jumpa aku minta RM5 untuk beli minyak motor. 20 minit selepas itu, tatkala aku baru saja menekan keypad talipon untuk ingatkan dia supaya pagi esok bangun awal untuk aku bawa ke Hospital Bukit Mertajam membuat medical checkup atas arahan JKM; tak sempat menghabis ayat, call masuk;

"Ini bapa Akhmal? Err.... Pak cik, Akhmal accident."

"Bagaimana keadaan dia sekarang?"

"Kaki dia patah."

"Kalau macam tu panggil ambulan."

Hurmm...

"Kenapa dengan Akhmal, bang?" soal ibu_suri.

"Biasa la dia tu.... jatuh motor!"

"Teruk ke dia?"

"Tak tahu. Ni la abang nak pi tengok."

"I ikut sama." sambil bangun dari katil.

"Tak usah dulu. Biar abang pi tengok. Nanti kot lama sangat di sana, you juga yang susah. Abang akan panggil Angah tengok sama. Tak ada apa kot. Doa yang baik-baik saja untuk dia."

"Ala... Apa salahnya I pi tengok dia. Tak pa, I duduk dalam kereta je."

"Ye la tu.. Sat gi you nak terber.... la, nak terken... la. Susah nanti. Kat situ mana ada toilet. Kat bendang. Malam pula tu. Pacat pun ada agaknya...."

"You makan ubat ni dulu. Kalau ada apa-apa nanti, abang balik ambil you di rumah."

Dan... tadi baru selesai pembedahan kecil di jari kakinya yang patah. Calar-calar dan luka di badannya mula memberi kesan sakit. Dan kesan hempasan ke jalan mula memberi rasa lenguh dan kebas. 

Motor?....hmmmm... Tak dan tengok. Masih ada di bengkel Bagan Ajam. Itu aku biarkan Angah yang urus. Lagipun dia ada pengalaman semasa menguruskan kes CT beberapa bulan lalu.

Akhmal.....Akhmal.....!!!

15 ulasan:

hrusli61 berkata...

Sabar dan tabah itu yang mampu aku nyatakan. Semoga tiada yang serious.

Agar Akhmal lebih berhati-hati bila memandu dan begitu dengan kita.

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum IM,

Bersabar dengan ujian Nya. Anak lelaki ke 2 saya pun accident motor 3 bulan lepas, tertiarap di jalan raya.,dibawa insan prihatin ke Hospital Kuale. Tak sempat kenal pun siapakah yang membawanya. Bersyukur tidak melibatkan kecederaan yang sangat kronik dan serius.

Anonymous berkata...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Muga Akhmal cepat sembuh dan muga Allah mengurniakan kesabaran pada Akhmal dan keluarga.

insan_marhaen berkata...

hrusli61,
tk atas peransang. ujian ini sebenarnya masih kecil berbanding yang pernah IM hadapi sebelum in yang juga sebenarnya masih kecil berbanding mereka-mereka yang sedang cuba menegakkan kebenaran!

aznimasita,
membesar menjadi manusia pasti akan menempuh sakit dan sush. ini juga adalah satu dari proses tarbiyah. doa yang baikbaik saja untuk mereka.

tanpa nama,
terima kasih juga atas doa. memang, kita ini milik Allah dan akan kembali kepadanya satu ketika nanti.

Dinar berkata...

Kasih bapa tanpa syarat...harap ibu_suri tenang dan tabah.

ujang kutik berkata...

Sdr I_M,

Saya seperti yang saudara jelaskan, "Ujian ini kecil berbanding ujian-ujian sebelum ini dan ujian yang ditanggung oleh segolongan di kalangan kita yang hendak menegakkan kebenaran'.

Benar, ujian itu perit.Namun demikian,ujian juga mematangkan dan kebergantungan kita kepada Allah.

mama maman aka yana berkata...

benda nak jadi.. bertabah la.. mungkin pasni rezeki melimpah2 mana kita tau kann.. ujian dr ilahi..:)

norh berkata...

moga akhmal cepat sembuh.. Allah sayangkan IM dengan ujian2Nya.. semoga IM kekal tabah hadapi ujian ni ya..

Kamsiah berkata...

Ya Allah...dugaan utk Im datang lagi..

Juju berkata...

IM,
Semoga akhmal baik-baik sahaja.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Ada2 saja bila dah nak malang. Harap akhmal lebih berhati2 lepas ni. Sabar je la IM.

aku HIV positif berkata...

moga akhmal segera sembuh dan pelajari sesuau daripada peristiwa ini.

semoga IM dan family sentiasa dlm limpah rahmat dan kasih sayangNya