Sabtu, 19 Mei 2012

Bila Ianya Datang Bertimpa-timpa...

Rupanya dah seminggu aku tidak menulis. Jarang aku begini malah tidak sepatutnya begini. 

Ini semua kerana kekalutan aku dalam mengurus kondisi kesihatan ibu_suri yang agak merimaskan juga. Demam dan batuknya yang panjang membuatkan aku tenggelam punca.

Abang di sana.... Ayah di sini.... Huu... Seperti setiap saat tak ada rehat. Jemu!

Aku selalu berdoa muga anak-anakku dan rakan-rakanku tidak mengalami rencam kehidupan seperti apa yang aku alami sekarang ini. 

jari kaki akhmal di tanamkan dawai sokongan
Akhmal perlu dihantar setiap hari ke klinik 1M untuk dressing pada jam 8. Balik kerja jam 7. Sempat sediakan makanan untuk ibu_suri dan menemani selama sejam saja. 

Saat-saat kalut begini datang pula musim odit di tempat kerja. Menambahkan stress yang ada. Hingga ke satu tahap, aku menghantar sms kepada adik-adik melampiaskan sesak di dada ini. 

Ada satu respon sms dari @dikku yang tinggal di Shah Alam. Cantik dan sejuk kata-katanya ini.

"Saya nak berkongsi dengan Yop usaha saya bila menghadapi sesuatu masaalah yang bertimpa-timpa.

1. Saya akan bersedekah setiap hari. x banyak. seringgit dua.

2. Memberi salam banyak-banyak pada yang kenal atau x kenal dengan harapan balasan salam mereka akan mempermudahkan kita kerana saya bersangka baik yang menjawap salam tu lebih makbul dari saya walaupun zahirnya nampak x semenggah.

3. Talipon mak. dengan mendengar suara mak semacam satu tenaga ajaib yang memberi kekuatan kepada saya walaupun bila mak tanya, kamu ada masaalah ke? Saya jawap, x de. semua ok.

4. Bagi nasihat kat sesiapa je walaupun sepatah dua. Walaupun kepada Bangla di stesyen petrol."

Aku balas sms @dik;

"Tk. Panjang pulak sembang mak dengan Yop kali ni."

@dik aku balas semula sms;

"Ada ucap Selamat Hari Ibu kat mak?"

Aduhh.....

12 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM..
Saya setuju sgt dengan apa yang @adik IM katakan itu,
Cuma saya dah tak dpt mempraktikan item No.3 itu dah lebih 18 tahun. Jadi.. Call your mom IM.. :)

mario berkata...

thanks im kongsi tips tu...tk terfikir pun nk bt camtu

al-lavendari berkata...

nasihat yang sangat baik tapi saya sebak kejap bila baca no. 3, kerana saya tidak lagi dapat berbuat begitu. aduhai !

kakcik berkata...

Kakcik juga tiada lagi ibu yang boleh dikongsikan suka duka. :(

Ariff Budiman berkata...

Salam IM. Satu perkara yang saya alami tatkala pernah di uji ialah ayat ni..“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum,
Jujurnya segala ujian yang kita lihat di dunia ni bukannya mudah tapi tak berapa susah. Cuma jika saya "patah hati" dalam menempuh arus hidup saya hanya mampu istifar banyak-banyak dan masa sujud akhir mohon Allah permudahkan kesulitan hidup. yang selalu saya ingat jika sebatang gigi saya sakit sudah cukup "menghenti"kan seketika agenda harian, bersyukur...bersyukur Allah beri rezeki kesihatan pada usia kita yang masuk tahap Golden age.

Anonymous one berkata...

AO suka nasihat adik IM, yang no 4 tu AO selalu guna dulu bila AO ada masalah. Memang sangat2 berkesan.. sebab dia buat kita tahu kita tak bersenderian dalam menghadapi masalah.

Semoga IM tabah mengharungi ujian dan dugaan ini, semoga kesihatan ibu suri dan akhmal bertambah baik.


yang no 1-3 AO baru tahu tq tu adik IM dan IM sebab berkongsi. :)

Bapak berkata...

empat pesanan yang indah untuk dipraktikkan, insyaAllah...

Aida Ali berkata...

Salam singgah lagi. Sesungguhnya kekuatan IM dalm menjalani liku hidup tak tercapai dek kami. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman..

Dinar berkata...

IM, kita ni hanya insan biasa lagi marhaen.. tiada daya upaya utk tidak merasa letih dan jemu...mungkin ini proses kehidupan...InsyaAllah bahagia sedang menanti IM di sana!

Cantik header tu...looks pro...mungkin nak elak jemu kot...

Kamsiah berkata...

takpe la IM..jgn malu nak luahkan...
buat selagi terdaya....mungkin ada sinar menanti di hujung usaha...

makchaq berkata...

Tabahkan hati IM, InsyaAllah selepas kesukaran akan ada kesenangan
Tq kongsikan SMS drpd adik IM