Semalam adalah hari ulangtahunku yang ke 52. Bertalu-talu ucapan tahniah dari rakan-rakan Facebok dan sms. Malah hingga ada yang beria-ia mahu belanja aku makan demi meraikan. Terima kasih buat semua. Daun keladi adalah hamparannya. Rahmat Tuhan adalah payungnya. Ukhuwwah Fillah adalah pengikat di antaranya.
Walaupun selama hidup ini tidak henti-henti dilambung badai namun aku masih tetap berumah di tepi pantai. Itu sahajalah rumah yang ku ada. Itu sahajalah kesempatan dan peluang yang disediakan untuk aku mengisinya.
Kehidupan ini memang payah bagi orang yang kecil jiwanya. Kehidupan ini memang payah pada orang yang belum pernah tempuh susah.
Kekadang aku berfikir bahawa lebih baik begini kerana ianya membuatkan aku lebih selalu mengingati Tuhan dan menganalisa diri sendiri. Agaknya kalau aku dilahirkan dalam hidup yang serba senang, aku akan lupa diri dan lupa Tuhan.
Sesungguhnya, Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk diriku. Dan setiap perjalanan hidup ini umpama soalan-soalan peperiksaan yang jika betullah jawapannya akan diberi markah 100%.
Aku selalu teringat akan mimpi mak yang pernah mak ceritakan padaku semasa aku baru kahwin dulu. Terang mak bahawa dia ada bermimpi berada di tepi laut. Di sisinya ada seorang anaknya. Tetapi di tengah laut ada seorang anaknya lagi yang sedang terkapai-kapai hampir kelemasan.
Lama selepas itu aku beritahu mak bahawa mungkin anak mak yang di tengah laut itu sebenarnya aku!
16 ulasan:
Hepi belated besday IM..
Sama tarikh dengan anak perempuan saya. Dia genap 32 semalam.
salam
selamat ulangtahun kelahiran...52 th...semoga terus tabah menghadapi ujianNYA...
selamat hari lahir,belum lewat lagi..
hidup ini ada pasang dan surutnya...
Allah menguji hambaNya. Allah juga memberi penyelesaianNya. Maka mintalah agar Allah memberi jalan keluar terbaik.
Ya Allah berilan kurniaan terbaik untuk sahabatku ini dunia dan akhirat.
selamat hari lahir IM..semuga sentiasa dlm limpahan Rahmat ALLAH.
happy belated birthday uncel
saya mendoakan uncle diberi kesejahteraan y baik2...
rupanya sabtu adalah hari ulangtahun kamu yang ke 52..
maaf kan ayu.. ayu tak add FB UNcle lagi..
nanti add ya address FB AYU umairahayu@yahoo.com
Selamat hari ulangtahun kelahiran IM. Semoga ombak itu tidak menghempas perahumu sehingga karam tanpa panduan. InsyaAllah.
Happy belated birthday IM
Allah pilih orang yang akan diujinya. Insan yang tabah, redha akan dapat ganjarannya nanti
Asal jangan menyalahkan takdir dan bersangka buruk dengan Allah maha pencipta.
IM,selamat ulangtahun kelahiran..moga terus diberkati umur yang masih berbaki.
wahhh happy birthday IM... mia baru sempat jenguk sini..
Salam IM,
Selamat hari lahir semoga Allah kurniakan IM kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin.
salam abang IM..
nampaknya saya terlewat ..
selamat menyambut ulang tahun ke- 52.. semoga Allah memberikan keredhaan dan keberkatan dlm hidup..
Happy Belated Birthday IM. Semoga kehidupan IM sentiasa diberkati dan tetap dalam ketenangan.
lama tak baca.
rasanya masih belum terlambat.
happy belated birthday IM.
Semoga dipermudahkan segala urusan, sentiada diberkati, dan paling penting bahagia dunia akhirat.
Assalamualaikum bro IM,
Selamat hari ulang tahun yang ke 52 tahun. Semoga pengisian hidup bro dipenuhi dengan agenda Allah yang sangat diberkati Nya, dan mudah2mudahan dipermudahkan segala urusan di alam yang kekalnun di sana kelak,.insyallah.
IM, lama tak jengah blog IM> Selamat Harijadi, semoga selalu di berkati...
Catat Ulasan