Sabtu, 12 Mei 2012

Sayangi Isteri!


Demam pula ibu_suri, semalam. Aku bertagak-tagak samada mahu ambil cuti atau tidak. Akan tetapi cuti yang ada aku perlu jimat. Ke hadapan ini, aku dapat rasakan bahawa cuti amat diperlukan.

Lalu, aku tinggalkan saja ibu_suri di rumah setelah aku beri dia ubat demam. Ubat Hipertensi, Diabetis dan Mood Disordernya aku skip dulu. Malam sat lagi baru aku beri.

Dapat aku rasakan betapa pentingnya memastikan kesihatan ibu_suri dijaga dengan sebaiknya. Jangan sekali-kali dia menghidap sakit yang baru kerana itu akan menambah lagi beban penjagaan ibu_suri.

Dari semalam ibu_suri tidak mahu makan. Dia asyik menyuruh aku memicit-micit badan dan kepalanya.

Sekejap-sekejap Akhmal memanggil aku kerana mengadu sakit kaki. Memang, bila malam sakit kaki Akhmal lebih membisa berbanding siang.

Tak jerap tidur aku di buatnya. Aku berbaring diantara ibu_suri dan Akhmal supaya nanti bila Akhmal atau ibu_suri memanggil, aku boleh dengar. Hampir setiap jam aku terjaga.

Beginilah pentingnya kita berusaha menjaga kesihatan ahli keluarga kita terutama isteri, teman yang kita pernah berjanji di hadapan Tok Kadi akan menjaganya sepertimana haknya sebagai isteri.

Kekadang aku hairan apabila mendengar atau melihat para suami sanggup memukul dan atau paling tidak memperlecehkan isteri di hadapan kawan-kawannya.

Mereka terlupa sebab mereka masih sihat dan mampu ke sana ke mari. Mereka terlupa yang apabila mereka sakit nanti, isteri itulah yang akan menjaga dan menemaninya disetiap inci waktu.

Kawan-kawan….? Hanya datang bila mereka punya waktu lapang!

10 ulasan:

Anonymous one berkata...

betul!

Semoga ibu suri cepat kebah, semoga akhmal pun semakin pulih.. semoga IM di beri ketabahan dan ketaqwaan. amin..

makchaq berkata...

Besar pengorbanan IM sebagai suami, bapa dan anak

Semoga IM terus tabah. Hanya doa yang dapat makchaq kirimkan untuk IM sekeluarga..

mama maman aka yana berkata...

minta IM tetap sabar ye... insyaallah semuanya akan ada manisnya bg org yg sabar..:)

hrusli61 berkata...

Selamat Hari IBu untuk ibu_suri
Selamat Hari Jadi IM

S..U..D..@..I..S berkata...

susah senang hidup bersama
tabah dan redha amalan mulia
pada ibu suri yang kurang sihat moga cepat sembuh

Granny Hani berkata...

IM, sebak akak bila baca N3 IM kali ni..dah acap kali dah IM buat akak sebak.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Sentiasa mendoakan semoga Ibu Suri dan Akhmal sihat.

Anonymous berkata...

kebahgiaan, kelapangan, kesenangan akan datang jua, gabjaran bagi mereka yang sabar. muga tetap sabar.

al-lavendari berkata...

syabas atas kekuatan semangat anda..

memang benar, isterilah yang akan menjaga kita andainya kita sudah tiada upaya fizikal nanti.

Dinar berkata...

terharu dan sebak...itu saja yang mampu saya luahkan..