Akhmal discharge dari Hospital Seberang Jaya, semalam. Akibat keletihan menjaganya siang malam di Wad 3 sementara ibu_suri aku biarkan sendirian di rumah; kaki aku yang mula pulih dari sakit akibat banyak berjalan dan berlari di Perhimpunan BERSIH lalu kembali sakit hari ini.
Jadinya, bila selesai sediakan katil untuk Akhmal berbaring di ruang tamu, Mandi serta berbincang dengan wakil insuran, aku lelap di dalam bilik hingga melepasi azan Isyak. Begitu nikmatnya rezeki tidur anugerah Allah bagi mereka yang berfikir!
Hari ini bermulalah tanggungjawap aku untuk menjaga bukan sahaja keperluan ibu_suri malah juga keperluan Akhmal yang kini terpaksa bertongkat. Terasa seperti 2 tangan dan 2 kaki ini tidak cukup. Disana….abang!….; di sini….. ayah!
Aku mengambil sedikit masa untuk set kan minda aku bahawa sekarang aku mempunyai 2 orang yang perlu ditangani kebajikan mereka. Dan tanggungjawap ini tidak boleh diharap untuk berkongsi sekalipun 50% bersama Angah jauh sekali Along. Aku perlu pikul sendiri. Perlu kuatkan semangat untuk hadapi sendirian.
Aku berdoa muga Allah beri aku kekuatan luaran dan dalaman kerana aku tahu; Akhmal dan ibu_suri memerlukan kepedulian dari aku tanpa pilihan lain.
Sebelum pergi kerja aku kena pastikan ibu_suri mandi dan makan ubat; Akhmal pula disediakan ubat pagi, petang dan malamnya. Sediakan bekas untuk kemudahan Akhmal buang air bila tiba masanya. Sediakan makan pagi dan minuman di meja. Bila balik kerja, kena belikan mereka makanan, selia semua yang bersepah di meja mahupun singki. Seterusnya......
Ini tugas aku sebagai suami dan ayah. Jangan mengharap sangat huluran tangan dari sesiapa. Muga bila begitu minda ini aku setkan, aku tidak akan merasa kecewa dan mampu melakukan semua itu dengan ikhlas!
17 ulasan:
IM...
terasa sama situasi sewaktu saya mula sakit, pembantu rumah tiada dan anak2 juga sakit... Suami dah tanamkan dalam dirinya 'Usah harapkan sesiapa' semuanya dia lakukan sendiri...
uruskan rumah, anak dan isteri..
Hanya Allah sahaja yang membalas segala susahpayah suami saya dan IM.
benar. ia memerlukan set minda yang jelas bahawa itu lah tanggungjawab maka perlu di laksanakan sebaik mungkin. bantuan kecil dari kami hanya melalui doa, anda dikurniakan kesihatan, kecekalan, kekuatan minda, kesabaran dan ganjaran di sisi yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
uishhh...tak tau nak ckp apa...sderius...tk tau nak bayang camana penatnya bro...msh sempat ke bersih rupanya eh...
Someting rong somewhre
Salam IM,
Semoga Allah berikan IM kemudahan dan meringankan beban yang ditanggung. Semoga Allah kurniakan IM kesihatan yang baik.
Bila minda telah di set up positif ,, insyaallah diberi kemudahan kearah itu...
masuk hospital seberang jaya rupanya. baru baca hari ni. apa pun, didoakan semoga IM diberi kekuatan dan ketabahan. semoga akhmal lekas sembuh.
IM bapa berhati waja !
ibu n abah,
masing-masing kita beruntung kerana masing-masing kita masih ada yang ambil berat.
tanpa nama1,
ya... belajar untuk setting minda ini perlukan kekuatan juga. dan perlukan respon yang positif terhadap apa yang berlaku dalam diri.
IM banyak mewarisi kecekalan jiwa mak.
guest,
ya.. masalah diri, masalah diri juga. usrah malam ni kena hadir juga, masalah adik di kampung kena tangani juga. BERSIH bukan untuk berseronok kerana ia melibatkan masalah generasi kita akan datang; kena fikir juga.
takkan nak duduk rumah tanpa buat apa-apa.
tanpa nama2,
betul. bila sesuatu ujian menimpa IM, IM selalu melihat ke dalam diri, apa kesilapan yang telah IM perbuat terhadap tuhan?
kunang-kunang,
tkasih atas doa yang cukup mententeramkan.
sudais,
ya... itulah sebenarnya cara berfikir orang-orang yang hebat juga.
shahirahkhairudin,
kalau eksiden ni selalunya dihantar ke hospital sbg jayalah!
IM..percayalah tak semua org mampu mengalas tanggungjawab seperti IM lakukan..semoga terus diberi kekuatan mental utk meneruskan hidup
Dugaan yang Allah datangkan sesuai dgn kesanggupan kita seperti dalam surah Al Baqarah ayat 286. Pak IM memang seorang yg sangat tabah. Muga Allah memudahkan segala urusan. Jalan ke syurga itu penuh berliku manakala jalan ke neraka itu penuh kenikmatan.
Salam IM ...
Begitulah hidup ini,tidak akan lengkap tanpa ujian. InsyaAllah ujian itu bakal menghapuskan dosa-dosa kita jika kita hadapinya dengan penuh sabar. Semoga syurga menanti di hadapan. Ameen.
Sdr I_M,
Saya mula belajar dari saudara tentang 'masa kualiti'.
T.Kasih.
Opps..termasuk juga Aprilia 28!
Ujian sebagai mengkifarahkan dosa kita atau mungkin juga mempertingkatkan derajat kita.
Agar di akhirat kelak tidak dikifaratkan lagi dosa-dosa itu insyaAllah.
Ujian di dunia hanya sementara sahaja dan nikmat di akhirat selama-lamanya.
Semoga IM tabah dan sabar mengharungi ujianNya dan makchaq doakan semoga segala urusan dipermudahkan untuk IM sekeluarga.
salam IM,
Mudah2an Allah permudahkan segalanya. Allah sayang, sebab tu dia suka uji. yg tak diuji,..kurang sayang..hihi
Semoga tabah dan sabar selalu.. moga akhmal dan ibu suri mendapat kesihatan yang semakin baik.. amin
[url=http://vtyupdr.com]qggLkRDjROmoPT[/url] , nUrqdk , http://pyfnknfrtw.com
Catat Ulasan