Sebelum ini aku perasan wajah jururawat agak keruh bila aku sampai bersama Akhmal untuk dressing luka kakinya setengah jam sebelum klinik ditutup. Aku faham tetapi itu dah kira paling cepat aku boleh datang.
Sampai rumah dari tempat kerja dah 7 malam. Layan ibu_suri makan dan kemas meja makan Akhmal, cuci bekas air kencingnya, beri ubat untuk mereka berdua dah jam 8. Aku mandi dan sembahyang Maghrib dah jam 8.30 malam. Terkejar-kejar membawa kereta melalui jalan Permatang Nibong yang macam ular dipalu. Jadinya, aku sampai ke klinik, waktu itulah.
Hari ini aku bertekad untuk ligan waktu lebih awal.
kredit: an-nisa' |
"Kalau sampai awal macam ni bolehlah saya cuci luka kaki Akhmal ni lebih teliti dan bersih. Kalau datang macam kelmarin, saya cuma cuci ala kadar ajelah!"
Jari kaki Akhmal walaupun sudah mula nampak kemerahan akan tetapi bengkaknya semakin besar dan berkilat. Hati aku tak berasa sedap. tapi aku tak tunjukkan riak itu pada Akhmal.
"Siang malam saya berdoa supaya kaki dia boleh sembuh elok," terangku pada jururawat yang asyik membelek celah jari kaki Akmal yang mula terkoyak kulit.
Rabu nanti Akhmal terpaksa dirujuk semula ke klinik Ortho di Hospital Seberang Jaya. Kira, cuti tahun aku habis dengan membawa dia atau ibu_suri ke klinik atau hospital ajelah.
Selasa esok aku diarahkan bertugas Night Duty di tempat kerja. Untuk itu, pagi Rabu aku diberi off separuh hari. Aku tambah dengan cuti separuh hari (petang), maka bolehlah aku bawa Akhmal ke unit Ortho. Tuhan itu memang Maha Mengetahui tentang aku yang memang ketandusan cuti. Dia rancang sebegitu rupa supaya kurang sikit beban otak aku ini memikirkan.
Tau-tau ajelah kalau berurusan dengan jabatan kerajaan nih. Boleh tertidur lena di kerusi dek lama menunggu!
13 ulasan:
Assalamualaikum IM
Allah sentiasa tahu keperluan hambanya.
Benar seperti kata Kakya itu IM. Allah sentiasa tahu keperluan hambaNya.
Allah Maha Pengatur segala sesuatu..dan semuanya tidak terlepas dari pandanganNYA. Moga kita semua sentiasa berada dalam pandangan kasihNYA.
sabar ya IM. Ujian tu tanda Allah sayangkan kita.
Dan alhamdulillah la kena day-off pada hari tu..hospital kerajaan sentiasa ramai dengan patient, kadang2 boleh bebal jugak menunggu.
Sdr saya IM,
Pada pendapat saya tajuk catatan sdr "Tuhan itu seperti tahu saja" tidak tepat kerana Allah Maha Mengetahui.
Minta maaf jika pendapat saya silap.T.Kasih.
Deru Ombak,
Kerana dia yang mencipta kita.
kak cik,
dan Tuhan juga tahu apa yang tidak baik untuk kita.
dinar,
seperti itu juga doa IM. muga allah memandang IM dengan pandangan kasih. cuma IM aje yang selalu terlalai.
siti murni,
IM boleh sabar. Akhmal saja yang selalu bebal dan marah-marah bila gilirannya lambat tiba. tu yang kekadang IM jadi tertekan bila bawa dia ke klinik.
ujang kutik,
memang IM ada terfikir akan tajuk itu selepas menghantarnya. Hmmm.... IM akan tukar tajuknya nanti. Muga Allah ampunkan IM yang sedikit tersilap.
moga tuan sentiasa tabah dan dipermudah segala urusan.
Allah maha mengetahui lagi maha mengasihani pada hambanya
Allah maha mrngetahui Im, dan dia sentiasa bersama org2 yg sabar. Makchaq doakan urusan IM dipermudahkan..
abu muaz,
insyaAllah, setakat ini IM masih kukuh dan komited menjaga mereka.
sud@is,
ya... kasih Allah memang luas dan hangat.
mak chaq,
terima kasih atas doa.
Sdr IM,
Yes.
salam IM, saya nak jemput IM ke majlis kesyukuran ulangtahun hari lahir saya... ni email saya sukuribrahim@gmail.com. mungkin kite boleh berbincang di email...
salam IM
ketika satu pintu tertutup
banyak pintu lain terbuka buat kita,kan.
begitulah baiknya Allah kepada kita kan IM?
cuti tahun suami saya pun habis bukan ke mana,bercuti ke hospital.:).honeymoon pun di hospital juga.:)(sejak baru kahwin saya dah keluar masuk wad)
Catat Ulasan