Khamis, 29 November 2012

Episod Keroppi


Di perjalanan balik dari kerja tadi, aku ternampak sebuah MyVi berwarna putih. Di tingkapnya tergantung sebuah patung Keroppi. Ingatan aku segera menghimbau fasa ibu_suri sakit 3 tahun lalu. 

Fasa pertama adalah sebaik keluar dari Bukit Mertajam Specialist Centre. Dia mengalami kemurungan. Tidak mahu bercampur dengan orang lain. Pintu dan tingkap selalu ditutup. Kasut di bawa masuk ke dalam rumah supaya orang menyangka dia tiada. Kemana pun dia tidak mahu pergi hatta ziarah mak yang sakit sekalipun.

Fasa ke dua ialah obses dengan karektor Keroppi. Tak pernah terlintas di fikiranku pun sebelum ini. Kemana saja kami pergi pasti dia akan mencari objek katak hijau. Mesti beli tak kira berapa harganya. Apa yang tak ada di rumah masa itu. Berpluh-puluh jenis sedari patung kecil, tuala, selimut, selipar, jam meja, sarung kotak tisu malah pintu gelansar rumah aku pun penuh dengan pelekat karektor katak hijau dan kekal hingga hari ini.

Di masa itu, kancil aku usah katalah... penuh dengan patung katak bergantungan. Aku menebal muka bila memandu di jalan raya.Yang memerhati - ada yang senyum sinis dan ada yang berwajah memahami.

Justeru itu, janganlah mencebik mulut bila melihat seekor atak hijau mengucap 'Hi!' di setiap kali membuka blog aku. Itu adalah kenangan aku sebenarnya. Kekadang bila menonton rancangan tv - OBES, aku senyum pahit sendirian terkenang episod masa lampau.

Punyalah merenyut katak-katak bergantungan di keliling tingkap pada katak hijau masa itu hingga mendapat liputan entri istimewa dari blogger BEARCAT di sini!

7 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Oh itu rupanya rahsia si katak yg cute kat blog IM ni.
hi katak Keroppi..tak boleh bayangkan IM di kelilingi katak -katak hijau sambil memandu.

faizah berkata...

ooh.. mcm tu pulak ye ibu suri satu masa dulu...

izan mama mia berkata...

ish suka katak yer..hiih

insan marhaen berkata...

Nh,
IM buat dek aje la...

faizah,
ye.. begitulah. satu pengalaman yang kekadang senyum sendirian bila IM terkenangkan!

izan,
duulu ya. sekarang sudah tak kisah lagi. lebih suka bermain dengan cucu..hik!

Jay Ar berkata...

Nak tergelak pun ada, simpati tambah2 lagi. Syukurlah skrang Ibu Suri dah tak minat katak2 hijau tu lagi...

Anonymous one berkata...

^^ hehe.. sabar ya IM. Hanya Allah yang mampu balas jasa IM

makchaq berkata...

Anak makchaq pun ada sorang minat katak ni...

Kereta makchaq tak dak apa hiasan pun, dari dulu memang x pernah bubuh apa2.. rumah pun sama.. Bunga sekuntum pun tak dak..