Ahad, 9 Disember 2012

Arau

ibu_suri sedang nyenyak di katil ini  setelah 2 hari tidak boleh tidur

Sekarang ini aku berada di Hotel Brilliant Inn, Arau, Perlis. Aku diamanahkan oleh adik-adikku untuk memberi sokongan moral kepada Duyah ( klik sini ) dan suaminya Zamri yang menghantar anaknya Syada memasuki Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, esok.

Banyak sebabnya kenapa adikku yang seorang ini perlu diberi moral support dalam hal ini. Antaranya kerana dia seorang yang mempunyai inferiority complex yang tinggi di dalam dirinya. Dan kerana aku ini kebetulannya tinggal di Pulau Pinang dan rapat sedikit dengan dia, maka aku menjadi pilihan paling cocok.

Anaknya, Syada juga pada firasat aku akan mewarisi 'rasa rendah diri' dari emaknya ini. Jadi misi aku ini bukan sekadar untuk Duyah malah untuk memastikan Syada akan cekal dan kekal belajar di poli ini sehingga tamat.

Sebenarnya, aku pun dah lama tak bawa ibu_suri menginap di hotel. Saban kali dia  bertanya pada aku bila lagi nak bawa dia jalan-jalan dan menginap di hotel. Oleh itu, kesempatan sambil menyelam minum air ini aku ambil. Dengan katil bersaiz King lengkap dengan tv flat screen  pada harga RM60 satu malam, aku kira cukup ok. Hendaknya pula, hotel ini ubahsuai dari asalnya rumah teres;  ibu_suri tidak perlu menaiki tangga untuk memasuki bilik.

Tapi, sebelum aku menemui hotel ini tadi, pencarian aku tersasar hingga ke pintu masuk imigresen Bukit Kayu Hitam.

"Aikkk.... Macam mana pulak kita boleh sampai ke sini?" terpacul dari mulutku sambil memegang dagu bilamana tiba-tiba ternampak kon-kon UPP mengecilkan saiz jalan raya hingga ke gerbang pintu masuk ke Thailand di hadapan.

"You la..... I mana tau!" sanggah ibu_suri sambil memegang cuping telinga aku!

10 ulasan:

Anonymous one berkata...

wahhh datang negeri AO :) welcome welcome.... Perlis permai lagi mempesona. Insyallah AO akan ke Pulau pinang 22 dan 23 ni

❤Kamsiah❤ berkata...

Alhamdulillah kalau ibu suri selesa dan nyenyak kat sana...
saya pulak kalau berubah tempat tido...langsung tak boleh lena...

TUN TIJAH berkata...

Rasanya Arau dan Bukit Kayu Hitam tu dekat jer. Saya juga pernah tersesat hgga ke Arau waktu ulang-alik mengunjungi anak lelaki belajar di UNIMAP. Selalunya kami balik hari jer.

Ibu suri tentu suka tuh hingga lena tidurnya. Mudah-mudahan dia cepat sembuh.

makchaq berkata...

Alhamdulillah... terlaksana dah permintaan ibu_suri nak pi jalan2 dok hotel..tu yang tidoq lena....

pB berkata...

lama dah tak ke Perlis


cantik hotel

Bearcat berkata...

Hehe kena piat telinga ke?

ibuintan berkata...

Assalam... apa khabar IM dan ibu suri?

kalau ibu Suri selesa begitu elok juga dibawa sesekali menginap di hotel ... mencari kelainan buatnya

Jay Ar berkata...

Dulu masa zaman Shahidan Kassim berkuasa, JR pernah bekerja di Perlis. Sesuatu yg menarik mengenai Perlis ialah bulan Disember hingga Februari ada angin sejuk yg digelar 'winter wind' di Perlis..

❤Kamsiah❤ berkata...

IM,22 hb ni ada kenduri kt no 40,lrg 22...kena panggei dak..:)

insan marhaen berkata...

Kamsiah,

Tak dijemput. IM bukan sangat dikenali ramai di sana!