Di Pasar Malam Seberang Jaya pada 19/12/12 |
Aku singgah makan di Restoran Maqbul, Seberang Jaya seusai program kutipan sumbangan GAZA di pasar malam Desa Murni. Itu kutipan terakhir sebelum kemuncaknya di Padang Kota Lama bersama Afdlin Shauki.
Aku pesan roti bakar bersama Penang White Coffee sementara ibu_suri teringin nak makan sup. Sewaktu membayar bil di kaunter, aku disapa oleh seorang gadis yang aku yakin adalah promoter syarikat rokok berkenaan.
"Encik hisap rokok?"
"Tak!" jawapku pendek sambil meletakkan keping-keping wang kertas ke atas meja kaunter.
Setelah mendapatkan bil, aku mengalih pandangan kepada gadis itu dan berkata.;
"Saya tak hisap rokok. Merokok adalah haram!" sambil berlalu tanpa menoleh lagi.
Aku tak biasa berbuat begitu tetapi di dalam hati yang membuak rasa marah melihatkan gadis Melayu kita dengan pakaian yang 'boleh tahan' seperti menggalakkan orang menghisap rokok - sesuatu yang jelas difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ( sini ) membuat aku bertindak spontan
Sebaik berada di dalam kereta, aku segera teringat Angah, Akmal dan adikku Mamat; juga penghisap rokok yang tegar. Aku dah nasihati mereka malah berkali-kali. Selebihnya, hanya Allah saja yang mampu membuka pintu hati mereka!
9 ulasan:
Pak imam di surau kawasan komuniti JR, tok siak dan sebahagian jemaah surau juga merupakan penghisap rokok tegar. Lepas solat jemaah mereka bersidai di pangkin luar surau membincangkan isu semasa sambil pekena rokok daun walau beberapa hari lepas ustaz mengulangi fatwa 'rokok haram di sisi Islam'. Kdg2 sambil berseloroh JR peringatkan fatwa tu tapi mereka gelak saja...
lemassss....rimasss...dgn asap rokok...
oo..cerita pasal rokok...baguslah bro tak hisap...
Jika nak cari rezeki carilah kerja yg halal kan?
Kesian sbb carik rezeki cara tu...
Jika nak cari rezeki carilah kerja yg halal kan?
Kesian sbb carik rezeki cara tu...
skrg ni susah nak tengok lelaki y tak merokok... u_u
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau ada niat, ada azam...takde masalah.
hurmm...
susah benar mencari anak lelaki yang tak merokok sekarang
Catat Ulasan