Isnin, 3 Disember 2012

Doa di Dalam Sujud

Mentelaah buku Fadhilat Amal karya Maulana Zakariyya.

Senangnya aku dengan geng surau tempat kerja ialah kerana persefahaman yang luhur. Walaupun aku tidaklah sebagus mana tapi mereka tetap mahu aku menjadi pengerusi surau walaupun secara tak resmi. Makanya, apa-apa saja maklumbalas dan keperluan surau, aku dipertanggungjawapkan untuk kehadapan.

Aku mengambil sikap yang ringkas sahaja. Apa yang baik demi kemajuan surau dan kebaikan warganya, aku sokong dan galakkan. 

Mengadakan majlis Taalim selepas solat Isyak sekarang ini seperti satu kemestian. Idea asalnya dari sahabat tabligh; dibawa berbincang melalui emel sesama kami. Akhirnya, aku memberikan lampu hijau setelah bersetuju bahawa ianya diadakan selepas solat Asar sahaja tanpa mengganggu jamaah lain yang bersolat.

Aku cukup hormati dengan sahabat Tabligh ini yang begitu gigih menyampaikan risalah Nabi. Jika ada apa-apa yang tidak kena dengan kami mereka menegur dengan baik.

Aku pernah ditegur tentang cara membaca doa selepas selesai sembahyang;

"Sebaiknya hang angkat takbir dulu, baru sujud dan baca doa semasa sujud. Lepas itu bagi salam kiri dan kanan."

Osman M yang menegur kesilapan aku itu rupanya memerhati gelagatku selama ini. 

Aku kerapkali berdoa di dalam sujud tatkala jiwa dilanda tekanan dengan permasaalahan. Pada aku, bercakap-cakap dengan Tuhan semasa sujud terasa lebih dekat dan jujur.

Adakalanya aku berbaring dan memejamkan mata buat beberapa minit selepas itu!

5 ulasan:

Anonymous one berkata...

Doa waktu sujud paling dekat denganNya. Lagi satu doa sebelum bagi kanan dan kiri . Itu AO dapat tahu dari ceramah Dr maza.

doa itu penghubung ^_^ ao xpandai berdoa tapi tuhan suruh kita berdoa dan merintih.

❤Kamsiah❤ berkata...

dari segi kesihatan pula,bersujud lama2 boleh mengurangkan sakit/pening kepala...

Ibu n Abah berkata...

IM..
Fadhilat Amal memang menjadi buku Taalim kami anak beranak...
Alhamdulillah...

insan marhaen berkata...

AO,
Allah memang menggalakkan kita selalu berdoa memohon kebaikan dariNya. Ada juga kelompok yang berpandangan tidak mahu berdoa kerana kononnya malu untuk meminta-minta dengan Tuhan.

Seperti satu ketika dulu isu berdoa untuk masuk Syurga.

Kamsiah,
Ada pendapat biologi mengatakan bahawa ada satu proses pengaliran darah ke saraf otak hanya berlaku ketika sujud. Pengaliran darah melalui saraf ini akan melahirkan satu ketenangan ke dalam jiwa kita.

Sebab itu tempoh minima sebaiknya bagi sujud ialah 3 kali membaca tasbih.

ibu n abah,
Memang hebat kalau sebuah keluarga boleh beramal dengan membaca kitab selepas solat. Ianya bukan saja menambah ilmu dan sebagai peringatan tetapi juga menambah kemesraan dan kasih sayang antara ahli keluarga. Itulah 'usrah' yang sebenarnya!

Jay Ar berkata...

Waktu manusia paling hampir dengan Allah ialah tika sujud...