Ahad, 30 Disember 2012

Muffins

Sejak aku menghadiri PPN Khas JIM di Darul Puteri, Cheras Sabtu lalu, baru sekarang ini aku berpeluang membuka blog kerinduanku ini.

Bersama se-mug teh tarik LARAS yang baru aku beli tadi (tapi tak sehebat rasa Alitea kegemaranku) dan sebungkus Mighty White muffins (juga kegemaranku) sabar aku membaca blog dan menatap foto-foto yang muatnaik ke laman sosial FB. 


Aku biarkan leteran ibu_suri memasuki telinga kiri dan keluar ke telinga kanan. Tak tahu kenapa, sejak aku tertidur di katil petang tadi (sebaik balik dari menjenguk Akhmal di Sungai Petani), ibu_suri asyik berleter. Serba tak kena aku dibuatnya. Hinggakan aku jadi seperti robot, ikut saja apa yang dia mahu dengan harapan leterannya reda.

Letih berpergian ke PPN Khas semalam masih belum hilang ditambah pula terpaksa memikirkan Akhmal yang ditambah tempoh tahanannya kerana kes yang satu lagi. 

Aku tahu, ibu_suri sebenarnya tidak gembira dengan berita itu dan kepada akulah dia lampiaskan kesemua ketidakpuasan hatinya itu!

13 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

leteran tu salah satu cara dia menyalurkan perasaan tidak puas hatinya...

Kakcik Nur berkata...

Mudah2an leterannya itu melegakan perasaannya walaupun mungkin menyakitkan perasan IM...

makchaq berkata...

Kat rumah makchaq terbalik, anak2 selalu tanya 'mak tak pernah berleter, abah pulak berleter, bukan mak ke yang patut berleter?' apa punya soalan da...he he

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Benar. Memang sejak dari sihatnya ibu_suri dia akan mencecer pada IM bila saja dia berdepan dengan permasaalahan semasa mengajar di tadika.

Kakcik Nur,
IM memang dah biasa dengan pot pet ibu_suri. Apa yang IM belajar dari kaunseling, IM aplikasikan dalam keluarga juga. Kekadang mendengar itu lebih baik dari seribu nasihat!

makchaq,
IM memang tak selalu berleter kat rumah melainkan ibu_suri. Tapi IM selalu pesan kat anak-anak: kalau ayah berleter maknanya ayah ok. Kalau ayah diam seribu bahasa, jangan ganggu ayah. Adalah yang tak kena dengah ayah!

Norhaizan hakim berkata...

Alhamdulillah. Allh mengurniakan tahap kesabaran yg tinggi untuk IM.

Ibu n Abah berkata...

IM..
Ibu_suri takder tempat lain hendak meluahkan rasa tidakpuashatinya...
Mmglah IM saja tumpuannya..

Anonymous berkata...

Biar ajelah ibu suri tu membebel. Kalau ibu suri diam aje mesti pak IM rasa sunyi tau.

insan marhaen berkata...

Norhaizan hakim,
Ya... IM percaya kesabaran tahap tinggi IM diwarisi dari mak IM yang juga pernah menjaga arwah abah IM yang menghidap szhirophenia.

ibu n abah,
Ye la... Kalau tak luahkan pada pasangan terdekat kat siapa lagi yer...

Tanpa nama,
Betul. Kekadang pernah terfikir jika ibu_suri tiada, sunyilah IM...

Jay Ar berkata...

Biasalah pompuan berleter, dah Allah berikan kelebihan berleter itu kpd mereka. Kalau lama tak dengar leteren isteri rasa rindu pula (pengalaman sendiri)....

Murni Alfathunnisa berkata...

sedap nampaknya muffin tu...makan muffin cicah dengan kopi pun nikmat ni.. :-)

ANIM berkata...

Hanya mampu menukis, "sabar jelah IM"...

Anonymous one berkata...

Teringat kisah umar al khatab

Cik Wawa berkata...

bersabarlah IM...