Khamis, 27 Disember 2012

Nasi Ayam Madu Tiga

Sesuatu yang aku hormati pada sikap ibu_suri ialah ringan mulutnya mengucapkan terima kasih bilamana aku berbuat sesuatu untuk dia. 

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Pasaraya Ayam Ori, Kubang Semang membeli nasi ayam madu tiga  rasa.


Di rumah, aku terus ke dapur menyalin nasi ayam itu ke dalam pinggan kegemarannya lalu hidangkan beserta minuman.

"Nasi apa ni?" tanya ibu-suri sambil meninjau-ninjau.

"Nasi ayam madu tiga" jawapku selamba. Bersedia juga kalau-kalau kena 'sembur' nanti. Nasib baik ibu_suri tak perasan. Sebaliknya dia menunjukkan riak gembira sambil mengecap liur lalu berkata;

"Terima kasih! Terima kasih! Saaayang abang!..."

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

ALhamdulillah...
sejuk hati suami bila isterinya ingat nak ucapkan terima kaseh.
kadang2 memang kita ambil lewa perkara tersebut walaupun ianya sangat bermakna dan memberi kesan dalam jiwa.

abu muaz berkata...

ha,ha,haa
madu ni perkataan yg paling sensitif IM.
ni semua gara gara arwah p.ramlee

ANIM berkata...

Ada perbezaan dgn nasi ayam yg lain ke? Tak pernah tau, selalu pekena oesemboq je kat kubang semang, heee...

❤Kamsiah❤ berkata...

nasib baik dia tak perasan perkataan madu 3 tu....

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
memang, terasa sejuk hati IM. tapi IM pula susah untuk ucap tk. keakuan suami itu tinggi agaknya.

abu muaz,
memang betul. kalau ibu_suri perasan memang naya IM kena cubit.

anim,
yang IM tahu ianya sedap. sedap ntang nasinya. ayam IM rasa sama jer.

kamsiah,
he.. he.. tak boleh buat selalu. mau perang dunia ke 3 gamaknya...

Jay Ar berkata...

Lepas ni pi makan nasi ayam madu empat pula...hehehehe...

faizah berkata...

Kasih syg IM pada ibu suri.. kasih sayang tanpa syarat.. Alhamdulillah..

norh berkata...

tak semua mampu ucapkan terima kasih..

Anonymous one berkata...

<3 comelnyerrrr ibu suri

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Ibu_Suri ialah amanah yang saudara lunaskan dengan baik.

Inilah yang akan saya catatkan setiap kali menjenguk blog saudara.