Khamis, 31 Januari 2013

Berlebihan

Baru balik dari pusing-pusing Permatang Pauh, bawa ibu_suri jalan-jalan.

Sebelum itu aku hadir ke usrah mingguan di Taman Pelangi yang berada di dalam kawasan Auto City. Disamping tilawah Quran surah Al Baqarah: ayat 37 hingga ayat 43, kami juga menelaah teks Apa Erti Saya Menganut Agama Islam tulisan Fathi Yakan

Aku terjumpa potongan ayat ini dan ingin kongsikan bersama:

"Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebihan." (Surah Al A'raf: 31)

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengkut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan."
(HR Ahmad)

Aku rasa cukup tidak selesa tatkala membawa Kancil tadi dan berkali-kali meminta izin ibu_suri untuk memendekkan perjalanan.

Somalia

Yang pastinya ini adalah akibat terlalu ikut naf su memakan mi kari berlebihan di rumah rakan usrah tadi. Aku seperti sukar bernafas. 

Mau saja rasanya aku berniat puasa sunat, esok!

3 ulasan:

smbotak berkata...

Biasa tu, bila terliur tambah pulak tengah lapar, tengok makanan sedap terus makan tak ingat akhirat...

Jay Ar berkata...

Bila bertamu di rumah org tuan rumah selalu berpesan: 'makan sampai kenyang'; sedangkan Nabi berkata: 'berhenti sebelum kenyang..'

insan marhaen berkata...

smbotak,
Mi kari memang kegemaran IM sebenarnya. Nasib baik rumah orng. Kalau rumah sendiri, mau berulang makan.

Jay Ar,
Masa usrah malam tu diberitahu bahawa seorang kafir telah masuk Islam kerana sakitnya selama ini terubat dengan mengamalkan cara makan ikut sunnah nabi ini.