Selama 2 hari (bersamaan 6 jam) aku di sana. Bertemu dengan pelbagai kelompok fe'el dan ras fahaman manusia. Ianya buat aku merenung jauh bahawa sebenarnya kerja kita banyak. Tanggungjawap kita untuk memastikan negara kita terbaik untuk generasi akan datang adalah mencabar.
Satu:
Ada wanita yang ditemui begitu taksub dengan Presiden Syria Bashar Al Assad. Kononnya beliau adalah pemimpin Islam yang hebat. Jenuh juga rakanku cuba memperbetulkan perspektifnya yang silap itu. Sebenarnya, kalau nak dikatakan Hosni Mubarak itu zalim, Bashar Al Assad 2 kali ganda lebih zalim. Diceritakan sendiri oleh kawanku Abdul Wahab, salah seorang panel yang kami jemput untuk slot Talk Show. Abdul Wahab adalah salah seorang sukarelawan AQSA SYARIF yang pernah sampai ke GAZA dan sempadan SYRIA. Boleh baca di sini
Dua:
Seorang bekas tentera yang singgah ke gerai begitu teruja hingga memberitahu aku;
"Saya tak boleh dengar cerita kekejaman macam ni. Kalau ada seruan untuk pergi berperang ke sana, saya akan pergi."
Begitu geramnya dia hingga beberapa kali singgah ke gerai kami dan membaca streamer yang kami dirikan di kiri kanan gerai.
Tiga:
"Awak tahu tentang apa yang berlaku di GAZA?"
"Tak tahu!"
"Tahu apa itu Palestin?"
"Tak tahu!" sambil tersipu lalu pergi.
Empat:
"Bro, boleh pi sana. Dia tu macam nak tanya sesuatu," cuit rakanku menunjuk ke arah seorang lelaki bukan Melayu.
Aku pun pergi mendapatkannya dan cuba menerangkan konsep gerai kami hari ini. Dia angguk tersenyum sambil menunjukkan ke arah mulutnya dan menggoyangkan tangannya. Bisu!
Bab menconteng memang mendapat sambutan dari pelbagai umur dan bangsa. Abdul Wahab berdiri di tengah.
Bersalaman dengan wakil pengurusan Mydin yang menyediakan cenderahati
Klip video
Apapun, kepuasan atas segala usaha yang telah dilaksanakan sukar di lakar dengan kata-kata. Bagi aku selaku Setiausaha dan JK alat siaraya, kesempurnaan kerjabuat aku selama 2 hari di Mydin ini atas sokongan belakang tirai dari ibu_suri juga. Jika dia tidak mengiznkan aku untuk berpergian, sukar juga aku.
Akan ada lagi siri-siri aktiviti seperti ini dimasa akan datang. IKRAM Seberang Perai Tengah bercadang untuk menjadi penyemarak dalam isu ini selagi mampu!
4 ulasan:
Saya cembuu dengan IM. Teringin saya nak turun ke medan perjuangan dan merasa penat lelah perjuangan. :)
Insyallah nanti akan ada peluang buat saya :)
Aslm, terima kasih tuan S/U yg banyak membantu dari mula mesyuarat hingga tamat prog AQSA2GAZA@Mydin... Kerja buat orang lama itu penuh dengan hikmah dan kesabaran dan dibantu pula oleh golongan muda yang penuh kreativiti dan semangat...SYABAS IM
Salam,
Bukan mudah untuk memperjuangkan diri dengan aktiviti sebagini. Kalau saya dan suami, pasti kami belum mampu berbuat seperti tuan dan rakan-rakan.
Semoga pengorbanan ini diberkati ALLAH.
Bukan mudah nak libatkan diri dlm kerja2 sukarela ni, sejujurnya JR sendiri belum sampai ke tahap IM...
Catat Ulasan