Tadi adalah mesyuarat ke 2 program Aqsa2Gaza@Mydin di Pejabat IKRAM, Seberang Jaya. Kali ini aku terpaksa bawa ibu_suri bersama kerana merasakan itu lebih baik demi keselesaan aku bermesyuarat. Pengarah program beritahu dia lewat datang datang sebab otw dari KL. Minta aku selaku S/U mulakan mesyuarat.
Tidak mudah bagi insan seberat 120kg menaiki tangga bangunan hingga ke tingkat 3. Nak turun pula satu hal lagi. Aku dapat agak balik nanti tentu ibu_suri mengadu sakit lutut.
Ramai yang gembira melihat ibu_suri datang. Memang sudah lama ibu-suri tidak bersama dalam mesyuarat aktiviti seperti ini. Lamanya sejak 5 tahun lalu di mana ibu_suri di serang minor stroke ketika berehat di katil wad BM Specialist Center.
Sudah pastinya selepas selesai mesyuarat, orang lain mungkin boleh terus balik dan tidur tetapi aku terpaksa menimbal balas kesudian ibu_suri menemani aku ke mesyuarat dengan membawanya berjalan-jalan malah hingga ke Kepala batas.
Selesai mesyuarat jam 11 malam tapi aku tiba di rumah dari bawa ibu_suri jalan-jalan bilamana jam 2 pagi. Alah begitu!
Buka laptop. Baca sepintas lalu emel, facebook dan seterusnya membuat catatan ke dalam blog yang aku sayangi ini.
Esok aku berkemungkinan ambil cuti separuh hari. Dapat berita terbaru, bapa saudara ibu_suri baru sahaja menghadap Ilahi. Di katil sekarang ini, aku tahu ibu_suri sedang bersedih. Sesekali kelihatan dia menyeka airmata...
3 ulasan:
Al fatihah...semoga terus diberi kekuatan menghadapi ujianNYA..
kat sp tak nampak pun aktiviti tentang gaza ni..
Alhamdulillah...
Ibu suri sudah mahu bertemu dan mengikut IM ke mesyuarat.. Muga nantinya ibu suri mula bertemandan kurang rasa sunyi....
Catat Ulasan