Ahad, 13 Januari 2013

Catatan Perjalanan Ke KL...3

"Puduraya...Puduraya..." teriak pemandu bas. Aku meninjau ke luar tingkap. Wajah Puduraya tidak lagi  seperti mana yang aku kenal ketika belajar di Institut Kemahiran MARA dulu. Teramat asing.

Aku memang dah lama tidak memakai jam tangan. Jadi, jam di taliponlah sebagai rujukan. Melepasi 5 pagi. Akan tetapi suasana sekeliling ramai; tidak sehening Pekan Penanti. Bangla dan Mat Saleh berimpang siur.

Aku terpacak di atas dataran di tengah-tengah persimpangan lampu trafik. Persis rusa masuk kampung. Tak tahu ke mana hendak mula. Makan? Kebanyakan kedai yang aku perhati, keMuslimannya seperti tidak meyakinkan. Maaf!

Alangkah bagusnya jikalau berada di kotaraya metropolitan ini aku mulai dengan bersembahyang tahajjud. Aku cuba menjengah menara Masjid atau kelibat surau. Tidak kelihatan. Cuba menalipon Along, tak ada jawaban. Cuba pula menalipon Rizal, kawan sekerja yang khabarnya turut hadir sama menaiki bas sewa. Juga bungkam.

Aku ambil keputusan untuk melangkah ke Restoran Syukran. Dah namanya agak Islamik, aku cuba meyakinkan diri. Tapi keluar semula. Ramai dan hawanya berbahang. Beralih ke Bistro Tomyam. Duduk di kerusi sambil menimbang.. nak makan atau minum saja? Bila melihatkan pelayannya semua berkulit gelap akhirnya... selera aku untuk makan jadi hambar.

Bistro Tomyam

Menunggu memang terasa lama. Akhirnya setelah bertanya, aku memanjat tangga Pudu Sentral ketemu Surau Al - Hidayah. Memang ada kelas surau jamek ini. Aku tunaikan sembahyang Subuh. Kemudian lepak di bahagian belakang. Orang memang ramai. Generasi tua kebanyakan berbual atau berbaring. Generasi muda kebanyakan membuka ipad atau paling tidak talipon pintar mereka. Ada sekelompok yang menelaah buku ala-ala majlis taalim oleh Jamaah Tabligh. Anehnya, tak seorang pun dari ramai-ramai itu ada yang aku kenal samada rakan IKRAM, rakan sekerja atau rakan setaman.

Cemburu melihat kelompok itu, aku teringat buku DAIE SEJUTA Umat yang sengaja aku bawa. Aku baca helai demi helai namun mata ini...aduhai...

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Bila kakcik kata 'ada kawan blog datang pagi ini', suami kakcik jawab ' bolehlah kita jemput dia'. Tapi kakcik jawab semula 'anak dia yang jemput'. :)

Jay Ar berkata...

Dah lama tak jejak kaki di Puduraya sejak tinggalkan KL kira2 5 tahun lepas. Semasa berulang alik antara KL-Alor Setar selama kira2 5 tahun, Pudurayalah tempat JR bersidai setiap minggu. Petang Jumaat tunggu bas di Puduraya untuk balik ke Alor Setar, pagi2 buta hari Isnin dah sampai semula ke Puduraya. Puduraya sekarang katanya dah sangat selesa tak spt dulu: bising, panas dan kotorrrrr...

ANIM berkata...

bila dalam "musafir" begini, banyak ragam diperhati...banyak idea dan cerita boleh dicoret ni IM..

insan marhaen berkata...

kakcik,
Memang Along yang jemput. Dia jemput IM dengan motosikal. Macamlah IM ni dah biasa membonceng!

Jay Ar,
IM pun sama. Lagu Kembara - Di perhentian Puduraya selalu menjadi hiburan kenangan IM.

ANIM,
IM memang sediakan buku dan pen di sepanjnag perjalanan. Dan mencatit bila saja ada kesempatan.