Isnin, 14 Januari 2013

Catatan Perjalanan Ke KL...5

Aku menyalin kemeja T hitam lukisan GAZA kepada kemeja T logo Tok Guru. Aku amat jarang memakai baju ini. Bukannya berani sangat.

Naik Putra LRT. Kekok nak beli token dan nak imbas token. Semasa di Jepun 20 tahun dulu, mereka menggunakan tiket kertas. Dimasukkan ke dalam mesin dan bila kita keluar, tiket itu akan keluar di mesin sebelah sana.

Putra LRT sesak dengan penumpang. Aku terpaksa ambil tren ke 2. Along membawa aku ke kawasan Masjid Jamek. Senang cari makan dan sembahyang bila masuk Zohor nanti.

"Kita makan kat sini, ok ayah?" sambil menunjukkan Restoran Dapur Kampung. Namanya saja sudah cukup membuat perut aku berkeriut tanda setuju.


Aku makan ala kadar saja. Jika perut penuh susah nak lari nanti macam masa kat BERSIH 3.0 dulu. Ok juga makan di sini. Ikan kembung masak lemak cili padi + terung tumis kegemaranku bersama nasi setengah sukatan - RM6.00 sahaja. Memang sikap aku jika makan mesti hingga 'licin'. Kita tidak tahu keberkatan rezeki itu di mana. 

Dan mutakhir ini aku cuba menukar kebiasaan makan dengan camca dan garfu kepada makan dengan tangan bilamana di restoran. Ikut sunnah nabi walau dimana kita berada; dapat pahala... aku masih ingat pesan kawan Tablighku - Osman M di tempat kerja.

Selesai makan, aku dan Along keluar melihat suasana di jalanraya. Aku meninjau-ninjau kut-kut ada jualan sebagai kenangan. Ada banyak jualan kemeja T HKR, BERSIH, mafla, butang dan pelbagai lagi tapi aku tak minat dengan jenama begitu. Kalau membeli biar yang boleh dipakai selalu.

Aku memilih 2 helai kemeja T - GAZA. Satu untuk diri aku sendiri dan satu untuk sahabat baikku - blogger JH. Aku percaya, kemeja T ini akan selalu kami gunakan untuk program GAZA nanti!

5 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Tinggal tulang ikan je! :)

Ibu n Abah berkata...

Nama restoren best
Restoren Dapur Kampung...
Nama pun penting utk buka selera...

makchaq berkata...

Sama macam makchaq, bila makan mesti licin, kucing tengok pun boleh nangis..

Jay Ar berkata...

Harga makanan di KL dgn di Alor Setar lebih kurang sama saja. Bila JR ke Batu Pahat (anak belajar di sana), agak terkejut dgn harga makanannya yg jauh lebih murah drpd Alor Setar dan KL, masih ada roti canai 5 kupang dan kuih 4 seringgit.

Tak sabar tunggu catatan perjalanan IM ke-6, 7 & 8...

abu muaz berkata...

IM,
semuanya selamat sejahtera kali ini.
Saya juga ada di sana pd tarikh keramat tu,
banyak gambar dan cerita menarik tetapi masih letih lagi terasa.