Boleh dikira udah sebulan jugalah aku tidak pergi riadah di Tasik Mengkuang. Walau hujan rintik, aku bawa juga kereta ke sana. Aku sengaja memakai kemeja T Palestin. Sesiapa yang terpandang nanti akan terhimbau semula ingatan mereka kepada kesengsaraan rakyat Palestin yang mulai sejuk isunya di persada media negara.
Selesai riadah, aku singgah beli Harakah dan bercadang untuk minum di warkop tepi Masjid Kubang Semang. Sayangnya, cuti Maulid Nabi, warkop itu tutup.
Teringat pesan ibu_suri supaya tengahari ini aku masakkan dia nasi lemak.
"Lauk semalam ada lagi. Ayu buat ayam masak pedas," terang ibu_suri.
Aku membelok kereta ke kedai HB untuk membeli kelapa parut. Bagi aku, untuk buat nasi lemak lebih sedap menggunakan santan perahan berbanding santan dari dalam kotak. Beli sedikit halia sebagai perencah. Belakang rumah memang ada rumpun pandan. Ambil 2 helai untuk dimasukkan ke dalam periuk nanti. Ianya baik untuk buang angin dari dalam badan. Pesan adikku Duyah - kalau nak nasi lemak itu dalamm bentuk sebiji sebiji dan berminyak, campur sikit minyak masak.
"Abang, sat lagi jemput makan di sana ya. Kenduri sempena Maulud nabi hari ni." Tiba-tiba seseorang memegang bahu dan berbisik.
Aku ambil nasi sikit saja. Tak mahu makan banyak. Duduk di meja bersama 3 orang lain.
"Sapa buat kenduri ni?" tanyaku.
"Taukeh tu..." Sambil menjuih mulut ke arah kedai HB.
Owhhh.... Aku pasti, yang mencedok lauk untuk aku tadi selepas mengambil nasi adalah anak-anaknya. Sejuk hatiku kalaulah anak-anakku ini seperti anak-anak taukeh kedai HB. Yang perempuannya bertudung labuh. Yang lelaki berkopiah sambil memakai baju T - Kami orang muda sokong ulama'.
Di rumah, aku mulalah memasak walaupun badan seperti tak bermaya. Aku memang macam tu; riadah tak tara mana. Kalau boleh nak tidur sekejap. Tapi tiba-tiba ibu_suri terpacul dari ruang tamu;
"Abang, I nak mandi?".... Arrrgghhh.....
Dah sudah pastinya, memandikan ibu_suri yang bersaiz XXXL ini akan membuatkan aku lenjun sama!
5 ulasan:
Kasihan ibu suri... susah nak mandi. Untung punya suami macam IM.
Contoh suami misali yg bersedia memandikan istri. JR...ah, malu nak cakap...
Bila IM ke KL 2 minggu lepas siapa yg memandikan Ibu Suri agaknya?
AO,
IM kena terima hakikat bahawa itu tanggungjawap IM. Itu pun kira masih beruntung kerana ada kawan IM yang terpaksa memandikan ayahnya yang lumpuh seluruh badan.
Tak dapat IM nak bayangkan...
Jay Ar,
IM pi KL boleh dikatakan sehari saja. Sebelum pergi lebih dulu IM uruskan dia, mandikan - sabun dan syampu rambut, sediakan ubat untuk 2 hari, aturkan apa yang perlu dia makan melalui anak/menantu IM. Bila IM balik dari KL, IM uruskan dia semula, mandi dan salin ke baju baru.
ibu_suri mandi sekali sehari sahaja yakni belah pagi.
lencun bersama...hehe baiklah IM mandi terus bersama ibu suri
IM memang suami mithali...
Catat Ulasan