Tumpang Marissa ada di rumah, aku tak perlulah terkocoh-kocoh balik sebaik selesai usrah di Surau Taman Pelangi. Bolehlah aku ambil sedikit ruang bersama-sama dengan rakan-rakan. Berbual sambil menjamu selera dengan masakan nasi minyak berlaukkan daging ayam kampung yang dimasak oleh jamaah Bangla.
Memang sedap masakan mereka. Ayam itu mereka sembelih sendiri. Makan dalam satu talam, walaupun seperti banyak tapi habis juga. Itulah keberkatan berjamaah.
Sambil makan sempat berbual tentang komuniti Melayu Islam di sini yang agak dingin dalam mengimarahkan surau. Hatta jika mahu mengadakan kuliah atau ceramah terpaksa di buat di waktu malam yangmana sambutannya barulah dikira boleh tahan.
Lewat itu, rakan seusrah aku yang rata-ratanya AJK surau jamek ini, membenarkan pendatang Bangla di sini memasak dan bermalam. Kebanyakannya adalah sikit sikit ala Jamaah Tabligh. Mereka membuat kelas pengajian Quran dan Taalim berpenghantaraan bahasa mereka. Bila aku kira, selain kami sekitar 10 orang, bangsa Bangla itu 2 kali ganda jumlah kami. Entah apa yang depa perbual aku lansung tak faham.
Tapi mereka cukup rajin. Selain memasak, mereka juga membasuh dan menyelenggara surau dengan kemas. Tenteram rasanya selama aku berusrah di sini sejak sebulan lalu.
Pernah dengar nama Taman Pelangi yang menjadi isu besar sekejap di media TV dan akhbar arus perdana?
Memang tepat firasatku bilamana pulang ke rumah, ibu_suri sedang asyik bermain dengan Marissa. Marissa kini bertambah cerdik dan manis senyuman serta tajam renungannya. Dia semakin mahu bermain dengan ibu_suri berbanding dulu yang akan menangis bila di dukungi!
4 ulasan:
Kebanyakan restoran mamak di putrajaya, pekerjanya rata-rata mat bangla. Kadang-kadang tu, cuak juga. Anak saya yang nombor 2 tu, sanggup berlapar.
Bagus juga ibu_suri dapat membiasakan diri dengan cucunya. Mudah-mudahan semuanya baik-baik aje.
Alhamdulillah...Marissa ada sebagai penghibur hati ibu suri :)
Tak taulah mengapa masih ada org di sini yg memandang rendah kpd org Bangla. Kerana mereka berasal dari negara miskin? Kerana mereka beragama Islam? Kerana mereka datang mencari rezeki halal di negara ini? Kerana mereka datang membantu membangunkan negara ini? Entahlah....
Anak makchaq yang sulung pernah kerja pam minyak, kawan dia ramai bangla.. Depa pernah kirim lauk kat makchaq, macam gulai tapi tak boh rempah.. sedap..
Surau mana2 pun siang2 tak ramai orang IM, magrib baru ada orang..
Catat Ulasan