Aku amat terkesan dengan pemergian sahabatku Mokhtar bin Mahmud yang telah pergi mengadap Ilahi. Panggilan dari sahabatku - Blogger Warna Nostalgia tengahari tadi buat aku terpana.
Aku mengesahkan sekali lagi dengan seorang lagi sahabatku - Mohd Radzi. Ya... Memang tidak salah lagi. Jasadnya segera dibawa ke hospital dari tempat kejadian namun jika begitu janji Tuhan, sedetik pun tidak dapat ditangguhkan.
Kemalangan berlaku berhampiran Masjid Sungai Ara
Beliau adalah seorang yang baik. Blogger Jendela Hati memberitahu aku bahawa acapkali dia pergi ke Masjid Al Huda, arwah selalu di temui di sana.
Kami ( blogger WN, blogger JH dan Mohd Radzi ) adalah antara pendokong utama kumpulan nasyid Al Muhajjir sekitar tahun 1990an dulu. Kami selalu membuat persembahan bersama di merata tempat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Walaupun beliau sudah tiada lagi namun kenangan bersama itu memang teramat manis untuk di kenang. Muga kenangan itu tidak akan hilang dari ingatanku ini yang semakin di mamah usia.
Sewaktu melangkah kaki ke surau sebaik saja mendengar berita pemergian sahabatku itu, terdetik di dalam hati ini bahawa sebenarnya pemergian Mokhtar memberi satu isyarat bahawa giliran aku juga sebenarnya semakin hampir. Aku sudah tidak punya banyak masa lagi untuk mengampoi bekalan.
Berdiri kiri: Zamri, Mohd radzi, Mokhtar, Blogger JH
Duduk kiri: Azim, Azmi, aku
Mokhtar,
Damailah kamu dalam kenangan. Damailah kamu dalam kasih sayang Tuhan. Sesungguhnya kita semua sama sahaja noktahnya. Ke sisiNya jua destinasi kita!
Lagu ini aku dedikasikan buatmu, sahabatku!
(off LAGU KENANGAN di sidebar)
(off LAGU KENANGAN di sidebar)
12 ulasan:
Takziah IM, Muhasabah juga buat AO.
Innalillahhiwainnailaihirojiun.
takziah buat keluarga allahyarham..
mudah2an rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman
takziah buat keluarga allahyarham..
mudah2an rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman
al fatihah...semoga keluarga arwah tabah menerima ketentuan ALLAH..
innalillah.. dari ALLAH kita datang, kepada-Nya kita kembali
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Betui IM makin hari masa kita pun makin hampir..
Sahabat yg baik mmg dirasai pemergiaannnya..
Al Fatihah..
al-fatihah.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
(إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Sekelip mata saja hilang seorang sahabat seperjuangan. Semoga Allah tempatkannya bersama para solihin
Catat Ulasan