Aku baru saja selesai berbual dengan Angah yang menunggu waktu untuk mengambil Ayu dari tempat kerja. Seperti selalu, bila ada peluang, aku akan menasihatinya dalam pelbagai perkara berumahtangga. Aku tahu, dia dan Ayu juga ada sedikit sebanyak pergeseran pendapat.
Along memerhati tiket ETS |
Tapi Angah aku tak risau sangat kerana aku tahu, Angah seorang yang agak matang dalam berfikir. Mungkin kerana dulu dia ramai kawan dan luas pergaulan. Tak macam Along.
Anak aku yang sorang ni bila sesekali fikir, risau juga. Dia macam aku... kategori slow and steady. Tapi kalau betul macam aku 100% kira ok juga. Takut nanti dia tak mampu nak terokai permasaalahan hidup yang semakin mencabar. Along ni seorang yang banyak memendam perasaan.
meninggalkan stesyen Slim River |
Semasa balik kampung di Slim River semalam aku sempat menggunakan peluang menasihati CT supaya pandai-pandai membawa diri. Umur sudah mula mencecah 30 tapi jodoh masih belum ada. Tambah lagi, kesan dari kemalangan dulu membuat dia kekadang bersikap seperti kurang adab. Bagi orang yang tidak faham sejarah hidupnya mungkin menyangka negatif tapi hakikatnya tidak.
Aku beritahu CT bahawa aku ada berpesan pada Angah;
"Angah, kamu bertanggungjawap terhadap Along, Kakak dan Akhmal. Bila ayah dan ibu tiada nanti, kamu jagalah mereka baik-baik. Jika ada apa-apa masaalah mereka, kamu tangani sebaik mungkin."
Kalau nak kata itu sebagai amanat, memang. kalau nak kata ia sebagai wasiat, juga memang!
6 ulasan:
Baik didikan yang kita beri, insyaAllah baiklah hasilnya nanti...
cabaran zaman sekarang ni dah tak sama macam orang dulu. seriau bila fikirkan...
Sdr IM,
Saya juga kadang-kadang berkias dengan anak-anak yang tidak ramai ( 3 orang).
Masakan kamu 3 beradik apabila berkerjaya dan berkeluarga akan mengabaikan salah seorang yang memerlukan pertolongan kerana kamu pernah hidup susah-senang bersama, suka-duka bersama, tidur sebilik, makan semeja sebagai saudara kandung sebelum melayari kehidupan masing-masing.
Semoga perhubungan sesama anak-anak kita kekal mesra,rapat,bantu-membantu selepas mereka berkeluarga. Itu doa kita kepada Allah sebenarnya.
JR pernah melihat rakan2 sebaya masa kecil yg masa dulu memang sangat rapat tapi bila dah berkeluarga semuanya cuma pentingkan keluarga sendiri. Masa kecil2 mereka hidup penuh kasih sayang, tapi bila masing2 ada anak sanggup bergaduh kerana membela anak masing2...
kakcik,
Akan tetapi, persekitaran juga memainkan peranan yang lebih kuat.
smbotak,
betul tu. IM selalu pesan pada Angah bahawa dia mempunyai cabaran mendidik anak lebih hebat dari IM.
UK,
IM harap, anak-anak IM akan terus kuat silaturahim mereka seperti IM dengan adik-adik IM.
JR,
IM doakan agar anak-anak IM tidak seperti itu.
nice post..terharu seketika ta pd komen2.
Catat Ulasan