Jumaat, 22 Februari 2013

Jiwa Seni

Malam ini aku tidak ada modal tapi tangan tetap mahu menulis. Hati tiba-tiba terasa sayu dan asyik menghimbau hari-hari lepasku. Suka duka merintis jalan kehidupan sebagai hamba Tuhan!

Di kalangan adik beradik, hanya aku saja yang mewarisi kegemaran abah mendengar musik. Sudah tentu zaman abah ialah P Ramlee, A Ramlee dan L Ramlee. Aku pula paling meminati lagu-lagu puisi terutama Ebiet G Ade.

Justeru itu, kalau memandu, aku mesti memutarkan lagu. Kalau 4 jam perjalanan, 4 jam lah radio aku berbunyi. Bila jogging kat Tasik Mengkuang juga; dengan wajib memakai baju T Palestin; talipon bimbit aku juga aku pasang lagu. Hatta ibu_suri pun dan mangli dengan kerenah aku ini.

Tidak terkecuali blog aku. Walaupun ada beberapa rakan blog aku meminta untuk ditiadakan lagu kerana mengganggu pembacaan mereka, aku buat tak kisah. Bagi aku, aku merasa puas mendengar lagu-lagu yang beruntur positif. Ianya juga adalah terapi dalam kehidupanku ini. Aku tidak ada masaalah membaca sambil mendengar lagu malah bila tidur juga. Malah ada maklumbalas dari kawan lain yang membuka blogku semata-mata kerana mahu mendengar lagu saambil dia membuat kerja-kerja rumah. Aku mengalu-alukan teguran atau cadangan lagu dari kalian. Yang baik dan sesuai denga citarasaku, insyaAllah aku akan timbangkan.

Singingbox yang aku gunakan untuk menyimpan dan siarkan lagu-lagu di blog ini memang yang terbaik pernah aku guna setakat ini. Di dalamnya ada puluhan lagu dan ditambah setiap masa dan disiar secara rawak.

Sesekali fikir aku rasa beruntung kerana memiliki jiwa seni. Jiwa halus yang menilai sesuatu juga secara halus.

Muga Allah cucuri rahmatNya ke roh abahku; abah yang telah banyak membentuk diriku menjadi insan!

6 ulasan:

Anonymous one berkata...

Saya pun suka lagu-lagu kat blog IM.

smbotak berkata...

Lagu sebagai terapi jiwa...

ANIM berkata...

takpelah..kalau ada yg tak suka dengar,boleh mute kan..

insan marhaen berkata...

AO,
Tkasih. IM perhatikan, AO adalah generasi baru yang setia mengikuti tulisan IM.

smbotak,
tepat sekali. Kekadang, kalau tertekan semasa memandu, IM akan bernyanyi sambil bergendang stering kereta.

ANIM,
Ya tak ya juga...

Ibu n Abah berkata...

IM
Akak pun suka lagu2 di blog ni

Jay Ar berkata...

JR juga minat nyanyi, masa di sekolah dulu selalu masuk pertandingan nyanyi. Sampai sekarang masih suka nyanyi tapi cuma dlm bilik air.

Sekarang masih minati musik terutama lagu2 yg ada unsur ketuhanan dan kritik sosial seperti yg ada dlm lagu2 Abet G.Ade dan Ramli Sarip. Paling benci lagu2 cinta melulu..

Agaknya org yg ada darah seni ni sukar utk hapuskan darah yg dah sebati dlm jiwanya sebab tu blog IM diiringi musik...