Pelan-pelan aku memujuk ibu_suri agar mengikut aku ke Taman Pelangi. Sahabatku, Isa menalipon aku ketika otw balik kerja. Minta mengganti dia ke mesyuarat di sana. Dia ada kelas Bahasa Arab. Selepas itu dia ada satu urusan yang lain.
Aku cuba menolak. Tapi jauh dalam hatiku tahu, ini satu tugasan dari jamaah yang perlu aku terima. Bagaimana aku nak meloloskan diri dari ibu_suri, aku tawakkal. Jika niat dan cara itu baik, aku percaya Allah akan beri jalan.
pengerusi mesyuarat yang cukup bersahaja... |
Nasib baik di sana ada kawan lamanya ketika sesama aktif dalam JIM dulu - Shaukiah Hanim. Adalah juga teman berbual. Aku tabik pada Shaukiah ini kerana dedikasinya pada kerja-kerja amal begitu tinggi sejak lama dulu.
Aku harap aku juga akan dapat menjadi begitu. Shaukiah baru saja kemalangan ketika menunggang motosikal ketika hendak pergi mengajar di kelas agama.
Aku khabarkan pada ibu_suri;
"Biasanya, kita akan kemalangan atau mati ketika mana kita sedang melakukan sesuatu yang menjadi amalan kita. Kalau kuat sembahyang, kita mati semsa sembahyang. Kalau kita selalu menunggang ke tempat kerja, kita kemalangan di sana. Macam Ustaz Taib Azamuddin - kena stroke semasa nak sembahyang Dhuha. Kenal Ustaz Taib Azamuddin?"
7 ulasan:
betul..betul. ramai stuntman mati semasa melakukan aksi stunt, gitu juga mat rempit...huhu. ada sorang ustazah sekolah rebah ketika bercakap di perhimpunan tentang solat dan meninggal dunia.
p/s mudah2an ustaz kembali sihat..
takutnya saya membaca statement tu...moga kita semua mati dalam keadaan baik dan beriman...
Semoga pengakhiran hidup kita dalam keadaan yang baik.
Hendaknya kita 'pergi' ketika sibuk dalam urusan amalan baik. Cuma takut terkucil terlibat dalam maksiat, masa tu la ajal kita tiba...
Semoga kita akhiri hidup dalam keadaan dimuliakan Allah..
Ada yg mati di Mekah ketika menunaikan ibadat di sana. Ada penangkap ular yg mati ketika sdg memberi ular peliharannya makan. Tapi Khalid Al-Walid pejuang Islam terbilang itu yg sentiasa berdoa mati syahid akhirnya mati di sebuah rumah kecil miliknya. Itu semua kerja Tuhan, jika ditakdirkannya kita mati dalam laut apa nak buat, walaupun kita 10 tahun sekali baru melihat laut....
haiii insaf AO.. nak nak lagi dengar lagu dari ustaz Asri ni..
Catat Ulasan