Isnin, 4 Februari 2013

Surau Menjadi Masjid

Pelan-pelan aku memujuk ibu_suri agar mengikut aku ke Taman Pelangi. Sahabatku, Isa menalipon aku  ketika otw balik kerja. Minta mengganti dia ke mesyuarat di sana. Dia ada kelas Bahasa Arab. Selepas itu dia ada satu urusan yang lain. 

Aku cuba menolak. Tapi jauh dalam hatiku tahu, ini satu tugasan dari jamaah yang perlu aku terima. Bagaimana aku nak meloloskan diri dari ibu_suri, aku tawakkal. Jika niat dan cara itu baik, aku percaya Allah akan beri jalan.

pengerusi mesyuarat yang cukup bersahaja...
Sesampai di sana mesyuarat dah berlansung hampir 3/4 agenda. Selepas memperkenalkan diri aku diberitahu bahawa mereka sedang merancang untuk menaiktaraf surau mereka kepada   masjid jamek.   Untuk itu, satu sesi bancian perlu diadakan ke atas seluruh penduduk Muslim  di Taman Pelangi. Di situ ada 16 blok. Setiap blok ada 5 tingkat. Setiap tingkat ada  8 buah rumah.  Hu... bayangkan  jerihnya  nak  turun naik lima tingkat untuk 16 blok. Justeru itu IKRAM menghulurkan tangan untuk membantu.

Nasib baik di sana ada kawan lamanya ketika sesama aktif dalam JIM dulu - Shaukiah Hanim. Adalah juga teman berbual. Aku tabik pada Shaukiah ini kerana dedikasinya pada kerja-kerja amal begitu tinggi sejak lama dulu.

Aku harap aku juga akan dapat menjadi begitu. Shaukiah baru saja kemalangan ketika menunggang motosikal ketika hendak pergi mengajar di kelas agama.

Aku khabarkan pada ibu_suri;

"Biasanya, kita akan kemalangan atau mati ketika mana kita sedang melakukan sesuatu yang menjadi amalan kita. Kalau kuat sembahyang, kita mati semsa sembahyang. Kalau kita selalu menunggang ke tempat kerja, kita kemalangan di sana. Macam Ustaz Taib Azamuddin - kena stroke semasa nak sembahyang Dhuha. Kenal Ustaz Taib Azamuddin?"

7 ulasan:

ANIM berkata...

betul..betul. ramai stuntman mati semasa melakukan aksi stunt, gitu juga mat rempit...huhu. ada sorang ustazah sekolah rebah ketika bercakap di perhimpunan tentang solat dan meninggal dunia.

p/s mudah2an ustaz kembali sihat..

❤Kamsiah❤ berkata...

takutnya saya membaca statement tu...moga kita semua mati dalam keadaan baik dan beriman...

Kakcik Nur berkata...

Semoga pengakhiran hidup kita dalam keadaan yang baik.

smbotak berkata...

Hendaknya kita 'pergi' ketika sibuk dalam urusan amalan baik. Cuma takut terkucil terlibat dalam maksiat, masa tu la ajal kita tiba...

makchaq berkata...

Semoga kita akhiri hidup dalam keadaan dimuliakan Allah..

Jay Ar berkata...

Ada yg mati di Mekah ketika menunaikan ibadat di sana. Ada penangkap ular yg mati ketika sdg memberi ular peliharannya makan. Tapi Khalid Al-Walid pejuang Islam terbilang itu yg sentiasa berdoa mati syahid akhirnya mati di sebuah rumah kecil miliknya. Itu semua kerja Tuhan, jika ditakdirkannya kita mati dalam laut apa nak buat, walaupun kita 10 tahun sekali baru melihat laut....

Anonymous one berkata...

haiii insaf AO.. nak nak lagi dengar lagu dari ustaz Asri ni..