Rabu, 20 Februari 2013

Terima Kasih Atas Segalanya!

Apa yang terjadi tadi benar-benar memberi isyarat bahawa ibu_suri benr-benar memerlukan aku. Dan ini membuatkan aku semakin mengetatkan keikhlasan untuk terus menjaga ibu_suri semampu boleh hingga akhir hayat. Walau sepayah mana, walau sejemu mana, walau serenyah mana, aku akan teguhkan diri.

" I malu dekat you. I bagi susah you selalu."

"Tak apa. Memang dah jadi tanggungjawap abang jaga you. Sebab itu abang cuba jaga makan, riadah dan  tak mahu tension-tension sebab kalau abang sihat, abang boleh jaga you. Sikit-sikit abang nak buat kerja-kerja kebajikan dengan masyarakat sebab abang percaya kalau kita menolong orang, insyaAllah Tuhan akan tolong kita bila kita minta."

Sindrom yang menimpa ibu_suri membuatkan ibu_suri separuh sifatnya seperti keanak-anakan. Cara ketawa, minta perhatian, makan minum dan 'buang airnya' kekadang seperti anak-anak. Aku reda atas semua ini. Aku cuba tangani sebaiknya.

Jenuh juga mop lantai dapur tadi. Mujur juga lantai dapur. Kalau atas permaidani ruang tamu, memang pada. Mau cuti kerja aku siang nanti.

Memang tidak ada orang lain yang sanggup buat kerja ini. Tidak juga anak-anakku.

Dan alhamdulillah... aku selalu menyejukkan hati ibu_suri dengan menyuruhnya bersyukur kerana dia masih boleh berjalan ke bilik air walaupun tak sempat; masih boleh mandi dengan sendiri walaupun perlu dibantu berbanding mak aku yang terpaksa terkesut-kesut atau mak kepada kawanku yang terlantar saja di katil, tak boleh bercakap dengan jelas dan makan bersuap.

Tuhan... Terima kasih atas segalanya! 

13 ulasan:

Anonymous one berkata...

Amin tuhan terima kasih permudahkanlah hidup IM sekeluarga..

Saya tumpang bahagia tengok post IM. Saya pun sedang menulis post tapi terhenti baca post IM hihi..

Moga kita semua optimis dan bahagia dengan apa yang Allah beri pada kita :)

ANIM berkata...

Betul IM..kita jangan mendongak ke atas untuk melihat kelebihan oranglain...tapi dengan menunduk ke bawah , baru kita sedar...ada orang yang lebih susah dari kita.
Semoga IM danibu_suri dipermudahkan Allah dalam segala uusan.

Kakcik Nur berkata...

Benar, rasa syukur akan membuatkan kita bahagia. :)

smbotak berkata...

Ya, menikmati kebahagiaan tak perlukan syarat. Dalam kepayahan juga ada rasa bahagia...

insan marhaen berkata...

AO,
Terima kasih kerana 'terpaksa' memberhentikan menulis demi membaca post IM.

ANIM,
Mendongak ke atas hanya melenguhkan tengkuk. Tunduk ke bawah melegakan semuanya.

kakcik,
Syukur melapangkan dada sekaligus menerbitkan bahagia.

smbotak,
bahagia adalah kurniaan Tuhan. Ada orang yang kuat amal pun kekadang tak bahagia.

pB berkata...

pB sentiasa kagum dengan semangat dan kasih sayang IM pada Ibu_Suri.

BungaTulip berkata...

Salam IM...
setiap kita punya ujian yang berbeza. Moga terus diberi kekuatan dan kesabaran menjaga ibu_suri

Ibu n Abah berkata...

Satu dlm seribu...
Alhamdulillah...

Jay Ar berkata...

Selalu bersyukur bila membaca catatan2 org lain yg kepayahannya melebihi kepayahan kita. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita semampu yg terdaya....

mokjadeandell berkata...

IM,
Semoga Allah mempermudahkan jalan hidup IM.Isteri menjaga suami perkara biasa kita dengar,sebaliknya suami menjaga isteri, seribu ,satu pun payah cari...tapi IM insan pilihan ...satu dalam berjuta.

hrusli61 berkata...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Syukur di sebalik kesusahan ada suatu kepuasan.

Tidak suka tetapi masih redha.

Anonymous berkata...

mereka yang bersyukur ditambah nikmatNYA inshaaAllah. syukur dan sabar berkait rapat. bila kita syukur, kita akan sabar dan sebaliknya. sabar menanti ganjaran dariNYA yang kekal abadi. semuga segala amal soleh diberkati.

Temuk berkata...

Insya-Allah, bila kita lakukan yang terbaik, akan berkuranganlah penyesalan di kemudian hari. Apatah lagi jika kita melakukannya untuk insan yang amat kita sayangi.