Sabtu, 2 Mac 2013

Balik Kampung

Aku baru saja balik dari kampung. Sempat bersembahyang Jumaat di Masjid baru Al Khairiah. Tidak ada rasa apa-apa yang istimewa melainkan sekadar ianya hanya sebuah masjid yang baru.

Masjid Al Khairiah
Aku menghabiskan banyak masa di bilik mak dan dapur. Berbual dengan mak sambil melayan kerenah ibu_suri. Maklumlah, mahu memastikan hubungan baik antara mak mertua dan menantu, bukan senang juga. Masing-masing adalah   penghidap srtoke. Kesan stroke pada mak ialah lumpuh sebelah kiri badan sementara ibu_suri mengalami kerosakan di sebahagian saraf otak hinggakan terpaksa menjalani rawatan di unit Psikiatrik. Pesakit stroke biasanya mengalami ketidakseimbangan emosi.

Ini musim Pilihan Raya. Satu suasana yang sangat sensitif kerana masing-masing ini berlainan bendera. Kenapa aku berusaha balik awal ke kampung ialah kerana mahu mengelak dari terpaksa balik ketika demam Pilihan raya berlansung. Lagilah kritikal.

Aku balik selepas selesai sembahyang Maghrib dan jama' Isyak. Mak dan adik-adik bagai terkejut bila aku balik hari saja; tidak tidur di rumah. Aku memberi alasan untuk melihat Akhmal di Sungai Petani. Mak sebenarnya tidak tahu Akhmal sudah hampir setengah tahun di sana. Sengaja aku tidak beritahu!

11 ulasan:

Anonymous one berkata...

Moga mak IM di beri kesihatan yang baik, Alhamdulilah celah2 melayan ibu suri dan jemaah..IM dapat juga balik kampung.

nurazzah8 berkata...

Assalamu'alaikum wrt wbt,

Semoga catatan komen ini menemui IM yang sentiasa tabah dan cekal menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sangat teruja melihat gambar profile IM yang terbaru ini (hurrmm..mungkin IM dah letak lama tapi saya baru perasan) ... kali pertama melihat majah ibu suri yang tersenyum ceria ..cantik dan manis senyuman ibu suri ...Alhamdulillah ...Semoga Allah sentiasa MeRahmati dan MemBerkati kehidupan IM & ibusuri serta keluarga.
Ameen.

Jay Ar berkata...

Tindakan IM merahsiakan kpd ibu apa yg berlaku kpd Akhmal memang wajar. Kadang2 kita perlu berahsia utk keharmonian keluarga. JR pun pernah mengalami situasi ini..

insan marhaen berkata...

AO,
Mak IM buat masa ini ok. Akan jalani operation buang selaput mata tidak lama lagi. Mak IM kuat semangat sejak muda lagi.

nurazzah8,
Foto itu foto lama. Masa anak IM masih kecil lagi.

JayAr,
Bukan saja pada mak. Pada isteri juga. Tak semua berita kita beritahu. Kekadang terpaksa tipu uga. Tipu 'sunat'..he..he..he..

smbotak berkata...

respek pada mereka yang berlainan bendera, tapi masih berhubungan macam biasa. duduk minum semeja, berbual mesra...

❤Kamsiah❤ berkata...

musim pilihanraya..musim manusia mula gila..
semalam 4 biji kereta kat kulim ni dibakar...kenapa?kerana asalnya mereka pengikut pkr...lps tu smlm pi join ceramah BN..haha hasilnya kereta kena bakar...

saya bkn mana2 pihak..sekadar meluah rasa terhadap manusia gila..

ANIM berkata...

kat SP pun meriah bendera kalau lalu area kampung..
yang lucu, sampai tak tau mana nak letak, kat tepi kubur dicacakkan..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Ada dua orang wanita VVIP yang saudara santuni, iaitu ibu dan isteri. Saya tidak lagi dapat berbuat demikian terhadap ibu kerana ibu saya telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu.

Ziarah dan santunilah ibu selagi beliau masih ada.

insan marhaen berkata...

smbotak,
Itu yang cuba IM jaga dan pertahankan di kalangan adik beradik IM. Bagi IM adalah berdosa adik beradik pork poranda semata kerana berlainan bendera.

kamsiah,
sebab itu, kita yang waras ini jangan pula teremosi seperti mereka. Kita menyokong dengan fakta dan berpijak di bumi nyata.

anim,
IM pergi SP semalam. Memang benar, meriah dengan bendera. Sampaikan IM pun tak senang drive dek emosi ibu_suri yang bertukar-tukar melihat bendera yang berbagai.

Ujang Kutik,
Tk atas saranan tuan. Memang IM berazam untuk jenguk mak paling kurang, sebulan sekali. Itupun cuma tidak beberapa jam sangat. I do the best that I can!

Murni Alfathunnisa berkata...

sekarang pun kempen dah mula..secara tak rasminya..

insan marhaen berkata...

murni,
Termasuk IM... dah mula berada di bilik gerakan...