Khamis, 28 Mac 2013

Caj

Tadi usrah dihadiri juga oleh beberapa sahabat Indon. Kami mengupas tajuk Sifat-Sifat Orang yang Hidup Untuk Islam dari teks tulisan Fathi Yakan - APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM. Rupanya, sahabat Indon ini bukan calang-calang ilmu agama mereka.

Ada 5 ciri-ciri yang digariskan;

1. Menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar beretorik sahaja.
2. Mengambil atau berbuat sesuatu yang mendatang maslahat kepada masyarakat Islam.
3. Berasa izzah dengan kebenaran agama Islam yang kita anuti.
4. Masuk ke dalam jamaah dan bergerak bersama jamaah ke arah memurnikan Islam ke dalam masyarakat.

Aku dapat merasakan betapa lazatnya diskusi kami sepanjang sesi usrah. Bila melangkah keluar dari Surau Taman Pelangi, aku bak sebuah bateri yang sudah lemah kuasanya mendapat caj yang baru. Itulah fungsi usrah yang sebenarnya. Setiap minggu sepatutnya mendapat caj baru sebagi bekalan tambahan dalam meneruskan kehidupan yang penuh mehnah dan dugaan.

Bagai selalunya, dalam perjalanan balik aku singgah di Petronas Hentian Sungai Juru. Disamping isi petrol, aku singgah membeli roti dan kacang buat bekalan semasa pemanduan. Aku perlu ambil 'angin' sebentar dulu sebelum balik supaya dapat melapangkan fikiran sejenak sebelum kembali memikul tugasan berhadapan dengan ibu_suri.

Biasanya ibu_suri akan minta dibawa bersiar walaupun jam sudah melepasi angka 12. Selepas selesai memenuhi kemahuan ibu_suri, aku akan mengadap laptop pula. Menulis entri baru dan kemudiannya mengemaskini blog calun PRU Pantai Jerejak.

Begitulah aku.... selalu!

5 ulasan:

Anonymous berkata...

anda bijak membuat perancangan terutama dalam mengambil kira keperluan ibu_suri dan mengimbangi juga kewajipan kepada ummah. muga ganjarannya ialah kehidupan, kesihatan, kekuatan, kebahgiaan yang diberkati.

Anonymous one berkata...

Dakwah itu betul2 segarkan kita, saya walaupun dengar ceramah yang sama saya tetap akan jumpa benda baru dan ingat apa yang lupa.. kita manusia cepat lupa..

aisyahumaira berkata...

salam alaik....
tuan usahlah jemu dengan rutin harian...pahala yg berganda untuk tuan apabila tuan mengerjakan dengan hati yang gembira.jikalau rutin itu menjemukan,berbincang lah agar rutin jadi lebih menyeronokkan....pesanan untuk saya juga.

Jay Ar berkata...

Saya selalu rasa kecil bila berhadapan dgn org2 berjiwa besar...

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,
Memang kena ligat dan bijak mengguna segala kesempatan yang ada. kalau nak diikutkan hati sebenarnya dah lama IM lari jauh-jauh dari bebanan ini...

AO,
Memang lazat bila kita dapat mengelokkan orang.

aisyahumaira,
ya... rutin itu akan menyeronokkan jika kita tahu bagaimana hendak menyeronokkan ia. cuma kekadang kita terkalah juga dengan perasaan yang bak ombak laut...

JR,
ya.. kita mesti berjiwa besar jika mahu dihormati dan dicontohi oleh orang lain.