Dua tiga minggu ini aku kerap tidur lewat. Banyak habiskan masa di depan komputer riba. Membaca dan menulis blog, mencari bahan untuk blog calun PRU, membaca FB dan juga melayan kemahuan ibu_suri yang mahu mendengar ceramah politik dari YouTube.
Kekerapan memperdengarkan ceramah politik untuk ibu_suri mulanya memudahkan aku untuk membuat kerja-kerja di komputer tapi lama kelamaan aku dapat merasakan kesan negatif pula. Pengaruh dari ucapan-ucapan ahli politik menukarkan emosi ibu_suri kepada lebih agresif.
Malah hingga ke sayu tahap dia berkata:
"I tak mahu balik kampung jumpa mak you sehinggalah habis pilihanraya. mak you UMNO. I tak mahu nanti tercakap apa-apa yang tak baik denga dia. You dengar tak?"
Apa yang boleh aku katakan melainkan angguk kerana aku memang dapat rasakan itu akan berlaku. Susah juga melayani emosi orang yang separa normal ni. Kalau tak cukup sabar dan berpandangan jauh, berbagai perkara negatif boleh berlaku.
PM ni pun, ntah bila lah nak umum pilihanraya. Lagi lama ditanguh, lagi letih aku dibuat oleh ibu_suri.
6 ulasan:
berdebar tunggu tarikh..
hehehe... begitulah lah ya
lambat lg..mungkin selepas LIMA di langkawi..masyukk
Cemuihnya tunggu...ntah PM nak tunggu apa lagi, kot lepas Anwar masuk jel sekali lagi baru pilihanraya kot...
x umno pun apa salahnya......
IM,
ntah bila la agaknya ye.
nur dari ALL IN ONE
Catat Ulasan