Sabtu, 23 Mac 2013

Gendang Gendut

Sabtu adalah rutin biasa aku memandi, menyampu dan memotong kuku ibu_suri. Seperti biasalah juga aku akan lenjun. Selesai mandi, aku lap badannya dan carikan pakaian yang dia mahu pakai. Dan akan sediakan makan pagi dan ubat. Nyampang sempat ibu_suri ke bilik air. Jika tidak, kena mop karpet pula. 

Satu tabiat mutakhir yang aku kurang gemar ialah mahu makan di dalam bilik.

" Tak elok asyik makan dalam bilik. Kita makan di luar la sambil tengok tv. " pujukku. Tapi dia geleng kepala.

Mood ibu-suri yang ceria memudahkan sedikit kerjabuat aku menyelenggaranya. Selesai membasuh, aku mengadap komputer semula menyambung kerja membina blog ke 2 calun PRU.

" Abanggg.... Mai sini sat! " sambil mendepangkan tangan.

Aku bangun kerana tahu bahawa dia minta dipeluk. Sambil menghayun badan dengan erat, aku menyanyi lagu yang memang selalu aku dendangkan bila melihat dia 'gembira';

'Gendang gendut tali kecapi
 kenyang perut suka hati

Gendang gendut tali kecapi
Marissa dah datang suka hati.

Gendang gendut tali kecapi
Along dah balik suka hati.

Gendang gendut tali kecapi
Abang cuti sukalah hati.

Gendang gendut tali kecapi
Esok pi tengok Akhmal sukalah hati.'

Sambil itu terfikir aku bahawa ketenangan dan kegembiraan itu kekadang bukan datangnya dari duit yang bertimbun atau pujian yang menggunung. Ia datang dengan izin Allah yang mungkin melalui hanya dengan kehadiran anak yang balik dari perantauan.

Dan aku pun rasa gembira bila melihat dia gembira. Besarnya nikmat Tuhan. Itu sudah lebih dari cukup, rasanya.

11 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

kehadiran anak2 dan cucu cukup menghiburkan ibu suri...:)

Granny Hani berkata...

Bila semua ada kat rumah, bising pun seronok. berebut rebut makan lagi seronok. Hati seorang ibu terubat bila anak2 balik kan ibu_suri kan?

TUN TIJAH berkata...

ya.....pastinya bahagia itu ada dimana-mana dan ianya subjektif..

Anonymous one berkata...

hurmmm...

S..U..D..@..I..S berkata...

nenek dan cucu tak boleh dipisahkan...

Jay Ar berkata...

Gendang gendut tali kecapi
Abang peluk sukalah hati..

Ceria adalah harga yang tak bisa diukur oleh limpahan harta dan kilauan permata...

ANIM berkata...

kebahagiaan itu tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit...

p/s tersenyum baca senikata gendang gendut tali kecapi

Kakcik berkata...

Kebahagiaan datang dengan pelbagai cara. Hartabenda tidak semestinya membawa bahagia. :)

makchaq berkata...

Pandai IM cipta lirik baru.. tentu ibu_suri seronok dengaq..

Anonymous berkata...

i'm proud of u..muga Allah limpahkan rahmat dan pahala pd IM

nur berkata...

setuju dengan IM, sesungguhnya nikmat bahagia itu kurniaan dariNya..
kadang2 kalau makan banyak mana pun, jika Dia tak kurniakan nikmat kenyang tu.. tak kenyang2 juga kita...

nur dari ALL IN ONE