Ahad, 31 Mac 2013

Hadiah Bersempena

Aku tak ingat sebab tak pernah ambil pusing. Namun tidak pada ibu_suri. 

"Hari ini Anniversary kita yang ke 27. You nak beli apa untuk I?"

Toinggg... Gheba apa pula nak mai ni. Aku rimas bab nak bagi hadiah bersempena ni. Tak reti. Citarasa aku dengan ibu_suri tak pernah sama. 

"Kita pi makan ajelah. Pi tempat special sikit."

Aku ambil kesempatan guna nama Angah untuk cover cadangan yang kurang digenari ibu_suri ni.

Tajam bibir ibu_suri menjuih bila dengar cadangan untuk makan di De Pauh Garden saja. Kalau begitu maknanya setuju ibu_suri cuma 70%. Kira orait la tu...

8 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

IM mcm suami saya..tak berapa nak igt bab2 tarikh ni

Anonymous one berkata...

tarikh perkahwinan mak abah jarang di sebut tapi tarikh lahir tu selalu la..

selamat ulang tahun IM moga rumah tangga IM di berkati

Murni Alfathunnisa berkata...

selamat ulangtahun IM & Ibu suri..semoga kekal berbahagia ke akhir hayat..

Jay Ar berkata...

JR paling lemah tentang tarikh2 ni, sampai hari jadi sendiri pun jarang2 ingat jika tak diperingatkan....

Al-Manar berkata...

Birthdays and anniversaries - how significant are they to us?

Memberi keinsafan begitu panjang masa dah berlalu, dengan izin NYA. Betapa betuahnya kita mempunyai pasangan yang sesuai untuk menjadi teman hidup. Alangkah beeuntungnya nya kalau zuriat yang dianugerahkan menjadi pelaburan hepada kita, membawa hasil bila kita tidak lagi berupaya membuat kebajikan.

Thanks for dropping by. An email will follow shortly.

ANIM berkata...

Hampir semua org lelaki lupa tarikh. Ayah saya ada 11 anak, kalau ditanya ini anak no berapa, dia akan kira dengan jari dulu, hee. Berbanding dengan bonda saya. Terus sebut. Btw IM, Selamat ulangtahun perkahwinan ke 27. Lebih otai dari saya nampaknya.

TUN TIJAH berkata...

Alhamdulillah...masih bagus lagi ingatan ibu_suri.

Happy annivesary. Semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat. Amin.

Anonymous berkata...

Cepatnya masa berlalu. Teringat pula pada To Ba. Saya pun dah 15 tahun melayari bahtera ni. Ingat lagi pesan adik adik masa jadi pengantin baru ( maklumlah kawin lambat, adik adik dah beranak pinak kita baru nak kenal dunia), "Terimaalah dia seadanya, kerana dia juga perlu terima kita seadanya @dek.