Seminggu ini talian internet aku terlalu menyiput. Nak buka FB pun siksa... terkedek-kedek!
Aku bukanlah pandai sangat bab-bab internet ni. Sekadar tahu permukaan ilmunya saja. Lainlah kalau macam Along. Bukan takat perisian lembut, perisian keras pun dia tahu. Komputer meja aku tu ada saja yang tak kena bila dia balik. Kelebek sana, kerobek sini. Selagi dia ada di rumah, terbongkanglah segala tali perut dan urat saraf komputer tu. Kata Along, komponen komputer nanti taklah terlalu panas sebab edaran angin lebih banyak.
Itu juga sebabnya kenapa dia larang aku membatalkan langganan Streamyx bila aku beraleh ke Celcom. Kalau muaturun guna Celcom... lambat, ujar Along.
Itu juga sebabnya kenapa dia larang aku membatalkan langganan Streamyx bila aku beraleh ke Celcom. Kalau muaturun guna Celcom... lambat, ujar Along.
teringat pulak masakan mak! ihsan: Izzah Muffin Lover |
Aku teringat pesan Along bilamana talian Celcom aku kena sekat dulu, Along suruh aku hubungi careline center dan buat penyambungan sementara. Jadi, kali ini aku percaya, masaalah talian yang macam siput ni pun mungkin boleh diatasi. Macam mana? Aku pun talipon Celcom.
"Encik punya kapasiti data muaturun dah melebihi kuota 1.5G. Bila gitu, talian encik memang akan lambat. Kalau encik mahu, saya tambah kuota tapi kena caj 1G sebanyak RM15."
Ooooo... Betula. Akhir-akhir ini aku memang banyak memuaturun lagu dan klip video. Sejak Along install Internet Download Manager (IDM) aku jadi asyik.
Oklah untuk tambahan kuota 1G lagi. Aku perlu sudahkan tugasan aku membina blog calun PRUku menjelang mesyuarat Team Media Isnin ni.
Huu... rupanya, bila dah dapat tambahan 1G, baru aku rasa betapa lajunya dunia siber. Buat apa nak susah-susah menyiput. Aku akan ke Celcom untuk tambah kuota G!
9 ulasan:
laju atau pantas, yang membezakannya cuma bil. biasa la, bisnes...
dulu guna streamyx...selalu terputus2...tukar celcom bband...slow mcm siput bab*...sambung blk streamyx..upgrade 2g...RM138 sbln
Semua sama ja....mula laju pastu lembap.
Saya memang pakai strimx..senang dan laju di tempat saya. Saya belum ada kepentingan untuk pakai Broadband ataupun talifon pintar jadi saya tidak memerlukan lain internet tambahan.
Amboi IM lawkana bainana ya.. sedap sungguh di hari jumaat ni!
ada tak yang lebih lambat dar siput Im.. itulah kat tempat saya..nak kena tukau jugee
kat taman saya ni, kalau hujan macam siput tak kiralah line apa...
Di rumah JR pakai streamyx - senang, sebab boleh berkongsi line dgn isteri dan anak2....
dari celcom saya beralih ke digi. alhamdulillah lebih baik speed.
Cerita-cerita aspek teknikal komputer + dunia siber ni, kalau saya, memang takut. Tak reti-reti! Tapi cerita "yang berkuah kuning" tu, walau kuahnya "membahayakan", boleh segar mata dan selera.
Catat Ulasan