Selasa, 12 Mac 2013

Siqah

Baru balik dari mesyuarat pra PRU13. Ini adalah kali pertama aku terlibat secara lansung dalam gerakerja kempen. Sebelum ini aku cuma tolong secara ringan saja.

Aku diamanahkan menulis blog dan mengeluarkan entri sebanyak 2 kali sehari. Tak tahu sejauhmana aku mampu. Peringkat pertama ini lebih kepada memperkenalkan bakal calun tetapi bukan atas tiket ADUN sebab parlimen belum lagi dibubar.

Pengalaman ini terlalu baru bagi aku. Perasaan bimbang dan mahu bercampur baur. Maklumlah, kami sedang bertempur dengan pihak yang mempunyai pelbagai pengalaman, kuasa dan prasarana hebat. Namun aku berpegang pada prinsip bahawa ini adalah arahan jamaah dan mesti siqah terhadapnya.

Selepas ini aku mungkin akan lebih sibuk untuk mencari bahan bagi mengemaskini blog calun. Aku perlu kreatif dan cergas. Seronok pula kerana dapat bekerja dengan anak-anak muda lepasan USM. Cergas tetapi tetap menjaga amal ibadah. 

Aku harap blog aku sendiri tidak terpinggir. Mungkin aku terpaksa memikirkan untuk membeli talipon pintar bagi menggantikan talipon cokia' aku ni supaya maklumat lebih cepat sampai dan dproses. Tapi, talipon jenis ini selalunya mahal.

Tadi masing-masing menunjukkan talipon mereka yang mempunyai kemudahan WhatsApp dan terbaru Vchat. Nampaknya tertinggal jauh aku nih!

5 ulasan:

Mario berkata...

wah bro IM...bestnye...klau ada peluang pun mcm nak join jugak ni,,,tapi tula... kat melaka ni tak tau sapa yang handle... mungkin akan jalan sendiri2 je nanti...

Jay Ar berkata...

JR hanya bekerja belakang tabir, tak boleh menunjukkan diri sangat menyokong parti yg JR yakini sebab masih terikat dgn peraturan...Memang teruja menunggu saat pilihanraya, apa lagi JR sendiri pernah terlibat dgn SPR mengendalikan 2 kali pilihanraya umum dan tau kebenaran yang sering disembunyikan....

Murni Alfathunnisa berkata...

entah bila la parlimen akan dibubarkan...kena jadi 'pemerhati politik' pulak PRU kali ni..sebab nak siapkan assignment..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Semoga anda berjaya. Allahu Akbar.

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Semoga anda berjaya. Allahu Akbar.