Kalau nak dikutkan, memang terasa letih. Lepas sembahyang Maghrib aku berbaring di katil sementara ibu_suri masih terus menonton berita tv. Nak terus tidur memang tidak boleh. Angin ibu_suri akan naik.
Jam 10 selalunya Angah akan singgah sebelum balik ke rumahnya dari kerja. Dia akan bawa Marissa bermain sekejap dengan ibu_suri. Kalau tak buat begitu, bergantang-gantang nanti rungut ibu_suri sebab rindunya pada cucu kesayangan tidak kesampaian.
Jam 11, ibu_suri minta aku bawanya berjalan-jalan. Malam ini kami ronda di Bandar Seberang Jaya tanpa tujuan. Jam 12.30 barulah dia bagi signal boleh balik. Lalu di kampung Pelet, ibu_suri minta aku belikan koey teow goreng di kedai makan Samba N.
Seingat aku kedai Samba N ini beroperasi sejak aku mula pindah ke sini lagi. Maknanya kurang lebih dah 20 tahun berniaga. Masakannya memang sedap walaupun gerainya agak tersorok dan malap. Cumanya, dia berwajah tanpa senyum. Agaknya, memang dah semulajadi Tuhan menjadikannya begitu.
Namun bertuahnya dia kerana memiliki seorang isteri yang boleh dikira cantik juga. Paling penting, rajin membantuya berniaga!
Namun bertuahnya dia kerana memiliki seorang isteri yang boleh dikira cantik juga. Paling penting, rajin membantuya berniaga!
10 ulasan:
hihi teringat pemilik restoren di Shah Alam juga mempunyai isteri yg cantik.
agaknya senyumannya sangat mahal..:)
masa saya form 6 dulu,ada sorg classmate lelaki,tak pernah tersenyum,walau diusik mcm mana sekalipun...kami pelajar pompuan menganggapnya sombong...
hinggalah habis sekolah,baru tau kenapa dia tak pernah semyum..rupanya takde gigi kat depan..:)
memang bagus kalau kedai tu dapat kekalkan masakan yang sedap sejak 20 tahun.
AO,
tapi ibu_suri lebih cantik dan putih dari isteri dia tu, agaknya...hik!
Kamsiah,
IM pun dulu rakan wanita selalu kata sombong sebab tak pernah mau sembang dengan depa. Ha... ha.. penakut wanita.
smbotak,
Kat sini, kalau makan tak sedap memang tak lama lepas tu bungkus la sebab persaingan tinggi.
IM..
Andai saya masih tinggal di Gelugor, Penang.. memang daya dah cari kedai Samba N...
- kuat makan.. pantang orang sebut sedappp...
IM THUMPS UP!
JR pernah dengar seorang ahli falsafah (tak ingat namanya) berkata: "Bila seseorang lelaki memuji isteri org lain cantik, dia seperti sedang menyatakan sesuatu di bawah fikiran tanpa sedarnya.."
Entahlah betul atau tidak....
Samba N memang terbaik.
Berdisiplin betul tokey kedai tu.
Tiap hari buka di waktu yg sama.
Walaupun menu terhad tapi masakannya tetap sedap.
Yg best semua masuk udang hehe.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ibu n abah,
Samba N terletak di Kampung Pelet. Kg Pelet terletak di Kubang Semang, Permatang Pauh.
Biasa dengar Puncak Mutiara Cafe yang terkenal dengan menu kambing? Tak jauh dari sanalah!
AO,
Like!
Jay Ar,
Itu kalau memuji depan isteri sendiri. Memang cari penyakit..he..he..
Bearcat,
Rugilah Pak Anjang...
Catat Ulasan