Mulanya aku bercadang untuk pergi ke An Nahdhoh, Kubang Semang malam ini. Ada himpunan memperkenalkan calon PRU, khabarnya.
Tapi rupanya, hari ini hari ulangtahun Ayu. Seperti selalunya, ibu_surilah yang ingat semua tarikh ini. Dan seperti biasa jugalah, ibu_suri beriya-iya benar hendak meraikannya.
Aku ikut saja walaupun Ayu berkali-kali menyatakan tak perlu susah-susah. Bagi aku keluarkan sedikit wang untuk menyempurnakan apa yang ibu_suri mahu itu tidak sesusah jika tidak memenuhinya. Lagipun sekarang ini baru aku memahami betapa perlunya makan bersama di lokasi yang lain dari selalunya untuk mengekal mood yang ceria dan segar dalam silaturrahim kekeluargaan.
Cucu cilik yang tak reti duduk sengap
7 ulasan:
ish saya suka sungguh masam2 dan pedas ni ...
ish saya suka sungguh masam2 dan pedas ni ...
Tak meragam ke perut lepas makan tu?
Saya tak boleh makan tomyam di Bangkok Tomyam. Sah-sah perut meragam. Biasalah...perut kodi hehe.
Tak payah pi Bangkok utk rasa tomyam Bangkok...
Salam.. baru beberapa hari kpah pekena tomyam di bangkok.
AO,
ibu_suri pun suka. tapi tidak untuk IM yang lebih sukakan masin.
Bearcat,
IM makan sikit je. Secara jujurnya, IM tak suka sangat tomyam monyam ni. IM suka gulai lemak cili padi atau lemak tempoyak...
JR,
tapi IM percaya, resipi tomyam di sini tak seoriginal di Bangkok. IM dengar tomyam original kalau makan boleh 'berasap' telinga...
ibundo,
keluar 'asap' dari telinga tak?..ha..ha..
IM cuma pernah ke Hatyai dan makan ayam pulut. tu pun tak berapa nak lalu bukan kerana tak sedap tapi kerana'ragu-ragu'...
bertuahnya seorang menantu bila ibu mertuanya mengingati tarikh lahirnya
Catat Ulasan