Baru balik dari mesyuarat PRU di Sri Nibong, Pulau Pinang. Arghhh... naik tepu otak ni berfikir benda-benda yang rumit, berselirat, yang sebelum ini tidak pernah aku tempuh.
Walaupun tugas aku hanya untuk mengemaskini blog calun tapi pencarian bahan amat memeningkan. Capaian kepada bahan itu amat terbatas. Hendaknya pula ia dimestikan merangkumi citarasa pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.
Calun PRU dari jamaahku adalah calun profesional dan beragama. Justeru itu aku gembira dan rasa berbesarhati dapat sesama menyumbang tenaga dalam memenangkannya.
Khabarnya pagi nanti Kerajaan Pulau Pinang akan umumkan pembubaran DUN. Malam pula DSAI akan mengumumkan senarai nama calun PR.
Calun Pantai Jerejak - Rashid Hasnon
Kepala mulai berdenyut. Selain tugasan mengemaskini blog beliau, khabarnya aku juga diarah oleh jamaah untuk membina dan mengemaskini 3 lagi blog calun PRU dari jamaah.
Itu aku serahkan kepada ketua team mediaku untuk membuat keputusan. Jika arahan itu dipersetujui oleh ketua media, aku akan sami'na wa'athoqna ( aku dengar dan aku taat ). Bagaimana nak kolaborasi dengan masa yang sedikit di waktu malam ditambah dengan kerenah ibu-suri, hanya Allah yang dapat membantu.
I just do my best. At least, I'll do something rather than nothing. Bak kata orang: walk the talk!
7 ulasan:
bkn hanya calon yg sibuk ya...
Semoga Allah bersama mereka yang berkhidmat keranaNya...
Kamsiah,
Sama-sama sibuk. Tapi sibuk calun bukan saja sebelum tapi juga selepas jika dia menang!
kakcik,
Bukan senang nak jadi pemimpin. Di akhirat nanti mereka yang akan ditanya dahulu...
IM jadu pemimpin keluarga pun dah cukup berat tanggungjawapnya.
semoga kejayaan milik kita
Lakukan yg terbaik mengikut kudrat yg ada. Sekurang2nya nanti ada cerita perjuangan untuk diwariskan kpd anak cucu kita....
orang jemaah tuan semua jadi calon PKR ke?
pB,
Sesama kita doakan, ya!
JR,
Ya.. Sesama kita berusaha kerana usaha seara jamaie itu lebih diberkati Allah.
iman,
Cuma beberapa orang sahaja yang dipilih.
Catat Ulasan