Sabtu, 13 April 2013

Tepu!

Selera aku hampir-hampir tumpul untuk menulis malam ini. Kecemusan aku menjaga ibu_suri buat semangat aku patah dan jiwa bungkam. Tulisan ini lebih kepada ikut gerak hati.

Cadangan nak balik kampung melihat adik baru bersalin secara pembedahan juga aku batalkan. Aku bimbang, sikap ibu_suri yang terlalu agresif terhadap demam politik sekarang ini akan turut mencacatkan hubungan baik kami dan adik beradik. Bicara ibu_suri mutakhir ini tajam. Dan bimbang jika keluargaku dikampung tidak memahami sindrom separa normal ibu_suri ini.

Bercampur dengan keresahan aku mengenang odit ISO yang akan datang, cermin kereta yang pecah kerana dirempuh kereta semalam serta kemaskini blog calun politik yang tak terhambat, jiwa aku menjadi seperti terapung ke udara. 

Aku curi masa menenangkan fikiran dengan menghadir diri ke kuliah Maghrib UAI di masjid. Berjalan ke masjid mengeluarkan peluh juga.

Pagi tadi pun aku juga kembali riadah di Tasik Mengkuang setelah tuang agak lama. Tujuannya sama, untuk melonggarkan tekanan fikiran.

Hingga masa aku menulis ini pun ibu_suri tak habis pot pet pot pet, mengkritik mak dan adikku yang menyokong kuat UMNO serta mencecer supaya Angah menghidupkan cukai jalan keretanya yang udah  tamat sejak sebulan lalu. Dia seperti tidak faham akan masaalah kewangan Angah sementara aku pula tak dapat nak membantu....

Maaf, otak aku benar-benar tepu. Mahu tidur saja. Tak pasti esok aku akan bangun pagi dan bertolak ke Ipoh... tengoklah gimana!

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

bab politik ni mmg sensitif..adik beradik pun boleh gaduh..laki bini pun boleh bercerai kalau dah terlalu taksub..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

1. Saya cari dalam Kamus Dewan makna 'CEMUS' = Jemu, Jelak. T.Kasih kerana saya dapat perbendaharaan kata baru.

2. Saya kagum dengan ibu_suri. Sekalipun beliau 'kehilangan banyak perkara', beliau tidak kehilangan dua (2) perkara iaitu suami yang sangat sabar dan mithali dan keyakinan bersiasah yang juga berkait dengan akidah oleh mereka-mereka yang tahu.

Anonymous berkata...

saudara Im, marilah kita sama2 menyokong kerajaan yang ada sekarang ini. Pas pun belum tentu lagi arah tuju mereka. cuba lihat cerita2 sensasi mereka..

insan marhaen berkata...

Adalah terlalu bodoh jika kita bersengketa sesama keluarga hanya kerana unsur politik. bagi IM kita boleh tidak sama aliran politik tai biarlah itu dibicarakan di luar lingkunga keluarga.

Bersama keluarga, kita bincang apa yang boleh menjadi titik pertemuan. Jangan cati titik pertelingkahan.

Ujang Kutik,
IM memang suka guna bahasa daerah. cemus itu adalah bahasa yang selalu IM guna masa sekolah di kampung.

Tanpa Nama,
ehem....