Dalam perjalanan pergi kerja tadi, rakan se'carpool' ku - JH tiba-tiba beritahu keretanya 'overheat'. minta pandangan aku hendak berhenti atau tidak. Waktu itu aku tahu bahawa aku kena menggantikan tempatnya untuk berbuat keputusan yang waras. Dia tentunya berada dalam kebimbangan dan perlu sokongan pandangan.
Jalan Seberang Jaya di waktu puncak ini memang terlalu sendat dengan kenderaan. Bunyi pin dan pon silih berganti. Tak tahu siapa yang ditegur atau dimarahi - motor atau kereta kami...
"Selalunya kita tengok orang lain yang rosak kereta dan tersadai di tepi jalan. hari ini giliran kita pula..." ujarku pada JH. JH yang sibuk memeriksa air dalam tangki simpanan radiator dan minyak enjin hanya ketawa.
Aku tahu saat-saat begini sokongan moral amat perlu. Walaupun taklah segetir mana insiden rosak kereta di pertengahan jalan ini namun dengan hadirnya rakan yang boleh menjadi penyejuk suasana tentu bantu mententeramkan hatinya.
"Tak perlu risau. Kalau sampai tahap kita kena ambil cuti, tak apa. Cuti saya masih ada banyak."
"Kalau kena repair, kita repairlah. InsyaAllah, saya ada duit backup. Tak perlu risau." Aku memberi keyakinan.
Aku usulkan supaya JH memanggil anaknya datang membantu. Saat-saat beginilah bantuan dari anak amat diperlukan. dan alangkah bahagianya jika anak itu membantu tanpa rungutan.
Rupanya, tali compressor yang putus. Seorang hamba Allah yang lalu, berhenti dan sudi membantu.
"Anak saya pomen kereta. nanti saya panggil dia datang sini tolong repair," sambil mengangkat talipon.
Fenomena begini tentunya menjadi satu pengalaman yang berharga dalam hidup. Ketenangan dan kesabaran adalah sesuatu yang mesti sentiasa menjadi pegangan diri kita.
kenderaan yang baik adalah salah satu dari 5 keperluan hidup yang perlu di jaga |
3 ulasan:
kereta. dulu kehendak, sekarang dah jadi semacam satu keperluan...
Kesimpulannya, apa yang terjadi memberikan kita peluang untuk bertemu dengan kebaikan...
smbotak,
IM sekarang cuba banyakkan berjalan. terpengaruh dengan program tv tadi tentang orang jepun yang menyanjungi budayanya. salah satu cara mereka menjaga badan ialah dengan banyak berjalan.
kakcik,
jika kita selelaau melihat dibucu positif, kia akan menemui kebaikan dan ketenangan.
Catat Ulasan