Jumaat, 23 Ogos 2013

Bukan Marah... Nasehattt!


Akhmal dah mula bekerja atas rekomen dari pegawai parol Kepala Batas. Kedai pembuat perabut somewhere kat Penanti, katanya. Tak tahu berapa lama dia boleh bertahan. Tapi paling tidak, buat masa ini aku tidaklah risau sangat akan aktiviti tidak keruannya lagi. Siang bekerja, bila malam dia letih maka akan berehat saja di rumah.

Bersama dia ada F yang ikut bekerja seperti dia. F adalah kawannya semasa berada di Tunas Bakti, Taiping dulu. Dia baru saja tamat tahanan. Dan bila keluar dia mencari Akhmal. Mulanya aku agak gusar juga. Tapi setelah beberapa hari aku memerhati kelakuannya, tidaklah senakal yang aku sangka. Dan nampaknya, berbanding kawan-kawan Akhmal yang lain, aku lebih suka dia berkawan dengan F. Sejak sehari dua ini dia lebih banyak masa dengan Akhmal di rumah malah tumpang tidur di sini supaya mudah bersama bekerja. Dia tidak berkenderaan.

Mengikut kata Akhmal; F di masukkan ke Tunas Bakti atas permintaan mak dia yang sudah tidak boleh mengawal perangai F yang sering keluar malam. Bila aku dapat tahu yang mak F telah bercerai dengan suaminya maka fahamlah aku kenapa F jadi begitu. Semasa aku terlibat dengan Kelab Remaja JIM dan ibu_suri pula terlibat dengan Unit Kaunseling Islah dulu, aku memang selalu diperlihatkan dengan kes-kes keluarga yang pincang. F mungkin satu di antara ramai mangsa kerencatan sosial ini.

Apapun aku berdoa muga ini adalah titik tolak untuk Akhmal berubah. Semalam aku sempat bercakap dengan Akhmal sambil membasuh pinggan mangkuk yang berlunggok di singki dan merunguti Akhmal kerana  lansung tidak tolong membasuh;

"Kamu dah hampir 20 tahun. Bukan kecil lagi tu. Sepatutnya kamu dah punyai hidup seperti orang lain, Ada kerja. Ada arah tuju. Ayah tak mahu marah-marah kamu kerana kamu sebaliknya boleh berfikir sendiri.."

Tapi bukan Akhmal saja, Angah pun sama. Mug minuman sendiri pun.... penyegan. Nak kata sikap lelaki macam itu aku rasa salah sebab aku dulu rajin kemas rumah dan jaga adik-adik!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muga Allah sentiasa merahmati Akhmal dan memandunya ke jalan yg lurus. Dulu saya mempunyai saudara yg yatim piatu yg amat nakal. Malah lebih nakal dari Akhmal. Tp alhamdulillah bila menginjak dewasa perangainya bertukar terus. Kini menjadi suami dan ayah yg penyayang lg bertanggungjawab. Muga Akhmal mempunyai kesudahan hidup yg sama seperti ini malah lebih baik lagi. Ameen ya Rabb

Kamsiah yusoff berkata...

saya teringat akan kenakalan budak2 Tunas Bakti Taiping tu...bersebelahan dgn Seratas..kadang2 rasa geram..kadang2 rasa kesian..

makchaq berkata...

Semoga Akhmal berubah...

Biasa la IM kebanyakkan budak2 la... macam pahat dengan penukui....

insan marhaen berkata...

Tanpa nama,
IM pun pernah lihat jiran IM begitu. Bekas banduan tapi kini elok saja berkahwin dan punyai anak.

Kamsiah,
Kita kena bersangka baik dengan mereka. kita kena ingat bahwa kita bernasib Allah beri anak-anak yang tidak menyusahkan kita.

makchaq,
Hat ni tak boleh nak pahat terlalu sangat. nanti serpih besi terkena batang hidung sendiri..

MulutPayau berkata...

Alhmdullah..Akhmal dah mula bekerja...
Semoga Akhmal berubah....

ANIM berkata...

bukan anak IM sajalah..rasanya budak generasi Y, generasi Z memang rata2 begitu..