Esok aku ada kursus 2 hari di Hotel Vistana. Jumaat cuti ganti Deepavalli. Bermakna, dah seminggu aku tak menjenguk ofisku. Ntah jadi apa agaknya.
Aku tak tahu sampai mana kemampuanku untuk terus bekerja. Adakah mampu hingga ke umur 60 atau terpaksa berhenti rehat di pertengahannya.
Aku masih teringat kata-kata doktor yang memeriksa laporan kesihatanku pagi tadi di Klinik Utama, Bukit Mertajam;
"You just 53. Still early to have all these sickness. Just imagine. For next 20 years you have take all these pills."
Pasrah sajalah. Walaupun dah terlambat tapi belum terlalu lewat untuk menjaga kesihatan dan menikmati kehidupan yang baik.
Aku terbayang wajah mak yang lumpuh sebelah badan. Adikku Niza yang mengalami kanser usus. Kakak ipar yang mengalami kanser payudara. Semua mereka sebenarnya berhadapan dengan dugaan yang lebih berat berbanding aku.
Juga, aku teringat abah. Setelah seminggu keluar dari hospital kerana kegagalan buah pinggang, abah pergi menemui Tuhan buat selamanya.
Begitu rapuhnya kehidupan yang bernama manusia ini!
4 ulasan:
Sisa hidup yang masih ada untuk kita menempuh segala dugaan yang diberiNya. Mudah2an terbuka luas jalan kita untuk ke Syurga.
kehidupan yang rapuh, tapi amat kuat mereka yang menjalaninya dengan redha...
Mati adalah pasti. Cuma mati itu rahsia Allah yang kita tidak diberi petunjuk tarikhnya. Ramai yg sihat bugar, ahli sukan pula tu, tiba2 tersungkur dan meninggal atas padang. Ada yg terlantar sakit bertahun-tahun, tapi satu hari dia bangun menjalani kehidupan biasa. Oleh itu selagi ada hayat, gunakanlah ia sebaik dan sebijaknya kerana masa depan adalah kerja Allah....
Selagi kita masih bernyawa...cabaran dan dugaan menghampiri kita..
Bukan kita saja IM, semua orang..termasuk saya sendiri.
Catat Ulasan