Ahad, 20 Oktober 2013

Uji Rashid Juga Dapat Nama...

Sambil riadah di Tasik Mengkuang, aku befikir-fikir mahu masak atau beli sahaja untuk lauk tengahari. 

Akhmal dan ibu_suri tentunya masih tidur. Tengah malam tadi tiba-tiba tidak ada letrik. Mereka mengeluh kepanasan sedangkan aku tetap juga zzzZZZZ hingga masuk Subuh.

Masak sendiri untuk keluarga lebih baik, kan? Akhirnya aku singgah untuk beli ikan. Goreng saja la nanti. Itu yang aku tahu pun.

Jemu juga. Asyik asyik ikan yang sama sahaja setiap hari... kembung, sardin... Nak beli ikan pelik-pelik, tak tahu pula nak masak macam mana.  

Aku pilih 4 ekor. Kerat 2 jadilah 8 ketul. Nampak banyak.

"Hmm.... ikan Uji Rashid...eerrrr...." ujar peniaga sambil merujuk kepada senarai harga. Aku tiba-tiba ketawa kecil. Ingatkan mak aku kat kampung aku je yang panggil ikan ini Uji Rashid.

11 ulasan:

makchaq berkata...

Lama dah x dengaq ikan uji rashid, lagu uji rashid pun lama dah tak dengaq.
ikan apa pun masak lebih kurang ja.. goreng, gulai, asam pedas, masak kicap, masak cabai.. tapi yg paling senang goreng la....

Tanpa Nama berkata...

hehehee... ni ikan mata besar kan? pernah cuba masak ikan pari tak?

JR berkata...

Ingat org dah tak panggil lagi ikan tu ikan Uji Rashid, dah lama tak dengar panggilan tu...

Saya suka ikan temenung yg digoreng rangup panas2...

Kamsiah yusoff berkata...

goreng ikan,kalau guna kunyit hidup...sedap dan lain rasanya berbanding kunyit serbuk...

Abd Razak berkata...

Di tempat saya ikan ini lain namanya...

ANIM berkata...

mata besar cam uji rashid. kalau saya kan IM, masak pindang atau asam rebus pun sodap..hee

LadyBird berkata...

sebab matanya besar kot.. tp mata uji rasyid x merah mcm ikan tu.. hihi

NzA berkata...

mak saya pun panggil ikan uji rasyid......he3x..

Wak Lat berkata...

mukin leh try ikan timah masak goreng kunyit pupn oke je., ;p

Unknown berkata...

pernah

Etuza berkata...

baru ingat ni...sinonim dengan iakan jenis ni nama artis terkenal