Ahad, 10 November 2013

Catatan Pagi Ini...

Walaupun hujan rintik-rintik, aku tetap pasrah memandu ke Tasik Mengkuang untuk rutin riadah mingguan. Aku mesti berdisplin dalam menjaga kesihatan diri.

Masih ada ramai orang yang kebanyakannya Melayu dan Cina. Aku ambil trek yang pendek. Hari ini aku rasa cukup fit untuk berjogging.

Sambil jogging, aku teringat ajakan adik beradik supaya mengikuti mereka ke Johor Bharu sempena majlis perkahwinan saudara abah mertua bulan depan. Semalam aku rasa setuju untuk pergi demi mahu menggembirakan hati mertuaku. Tapi pagi ini aku berfikir dari sudut lain pula - mana betah ibu_suri duduk dalam bas begitu lama. Kemudiannya tidur dan ke bilik air yang ntah bagaimana rupa kemudahannya itu kelak. Sedangkan balik ke rumah aku dikampung pun mutakhir ini hanya balik hari kerana ketidakselesaan dalam serba serbi. Hurrmmm...


Habis riadah aku singgah tunaikan Dhuha di Masjid Kubang Semang lansung singgah isi perut dengan Radix, cucur kodok kegemaranku sejak kecil dan baca akhbar di kedai bersebelahan.

Terasa betapa berharganya kehidupan yang masih berbaki ini. Akan aku cuba penuhi ia dengan segala yang baik tanpa perlu menghambat kemewahan dunia.

Tiba-tiba teringat sahabat yang pastinya sudah pun berada di Serdang. Khabarnya ada pertemuan dengan sekalian Ahli Teras IKRAM.  Aku rindu pada itu semua sebenarnya!

Tengahari ini nak beli kari kepala ikan dan ulam-ulam sahaja untuk makan tengahari. Balik nanti cuma tanak nasi saja bercampur daun pandan. Pasti wangi!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang saya paling suka sarapan sorang2 macam ni. Kalau ada ada masa, hari kerja pun nak singgah jugak. Tenang sikit, minum sambil tengok kenderaan lalu-lalang...

MulutPayau berkata...

Betul tu IM,utk mnjga kesihatan kita perlu disiplinkan diri...
Saya dah lama tak beriadah..tak berjoging...aduhaiiii..malass betul..

JR berkata...

Kalau boleh saya suka minum di rumah. Boleh tentukan sendiri makanan dan minuman yg kita suka, termasuk sama ada nak masukkan susu atau gula atau free sugar 100%....

PCL berkata...

salam singgah bw ke sini.. indahnya kehidupan kalau kita bijak mengatur masa.. sy x pernah lg ke sana mengkuang dem kan..dengar ceritanya suasana bagus ea.. ekceli sy org Sg Petani.

~www.nazlee.com

insan marhaen berkata...

sm botak,
Biasala ua. Bila dah menjangkau separuh abad ni, sesekali memang mau sendirian. Ramai kawan-kawan IM juga beegitu.

Mp,
Malaas sebab terasa badan masih sihat. Tapi bila dah tahu ada yang tak kena dalam badan, barulah datang istilah 'terpaksa rajin'..

JR,
Orang yang hidupnya orait memang suka makan di rumah. Tapi yang jenis macam IM ni, sesekali mahu sendirian. Jauh dari keserabutan di rumah..

PCL,
Tkasih kerana singgah. Mengkuang Dam dah mula gondol sana sini. Kononnya nak perbesarkan lagi. Kita tunggu dan lihat...