Selasa, 12 November 2013

Coolent Oh Coolent!

Betul ke bahawa radiator kereta sepatutnya diisi 100% dengan coolent bukan sebaliknya dicampur dengan air biasa?

Aku ke stesyen Mobil dekat Kubang Semang untuk isi minyak Kancil tadi. Seorang pekerja di situ meminta aku membuka bonet kerana nak memeriksa enjin.

"Pak cik, air radiator pakcik dah mati. Nak kami flush untuk pak cik?"

"OK juga." sementara dalam hatiku berkata... memang dah lama tak tukar air radiator ni.

Di satu sudut mereka pun membuka penutup radiator dan menyedut air keluar. Sambil seorang lagi membawa 2 tin coolent dari dalam dalam bilik kaunter.

Setin demi setin dituangkan coolent itu ke radiator. Lansung tidak dicampur dengan air biasa. Tak cukup lagi ditambah setin demi setin hingga akhirnya berjumlah 8 tin. Satu tin berharga RM18. Aku naik rimas. Setahu aku selama ini aku cuma masukkan setin coolent dan selebihnya air biasa.

"Dah siap pak cik. Nanti, kalau coolent dalam tangki simpanan ni kurang pakcik topup dengan air mineral atau air bateri. Jangan guna air paip ya!"

Terkial-kial aku menyeluk kocek kiri dan kanan, depan dan belakang. Tak sangka, habis duit tunai yang ada di tanganku. Ntah dimanalah dosaku hari ini hinggakan Tuhan kifarah ia dengan harga coolent Kancilku!

4 ulasan:

sud@is berkata...

IM
duit habis ditangan, credit card kn boleh menyumbang.....

JR berkata...

Dah berpuluh tahun saya pakai kereta, tak pernah lagi dengar kes radiator diisi cuma dgn coolant dan bila kurang digantikan dgn air mineral atau air bateri. Air bateri tu ada asid, tak bahaya ke bila masuk radiator? Nampak macam mekanik karut aje?? IM tak nak rujuk dengan forman lain ke, minta second opinion??

ANIM berkata...

alamak...tang kereta bukan bidang saya..tak pandai nak komen..
cuma...mungkin duit tu dipinjamkan sementara buat IM...sebenarnya milik oranglain, huhu

insan marhaen berkata...

sud@is,
IM dah lama tak guna kredit kad. Pada IM, kredit kad adalah along elektronik.

JR,
Tu la... Ingat nak contact Perodua minta pandangan nanti...

Anim,
Ye la..... komen Anim buat IM teringat sesuatu... dulu!