Atas usaha Angah, akhirnya aku dapat memiliki sebuah Viva 1000 EZ (A) baru. Ia dikeluarkan atas nama menantuku - Ayu. Lapang sikit rasanya pemanduan yang selama ini agak stress jika menggunakan Kancilku yang kurang stabil sejak kemalangan di Tanah Liat tahun lalu.
Sebenarnya yang lebih perlu ialah untuk membawa ibu_suri ke hospital atau klinik dan juga untuk dia bersiar-siar. Selain itu mudah untuk balik ke kampung ziarah mak.
Aku masih ingat lagi akan hadis ini:
" Rasulullah s.a.w bersabda. Maksudnya;
Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa..."
Walaupun Along beriya menyarankan aku mengambil Saga kerana ia lebih relevan dengan saiz ibu_suri yang agak XXXL namun aku lebih suka pada kereta keluaran Perodua. Khidmat lepas jualannya bagi aku lebih praktikal, mudah dan mesra berbanding Proton.
Di usia begini, tiada apa lagi yang hendak aku hambatkan melainkan hanya memanafaatkan apa yang ada sahaja. Cita-cita hanya mahukan kesihatan yang baik, anak-anak yang menggembirakan dan jauh dari beban hutang.
Beban hutang? Hemmm.... Viva tu 9 tahun lagi baru nak habis. Ntah dan ntah tidak la...
5 ulasan:
kereta suami saya,dah pencen nanti baru habis bayarannya...sekarang dah 47 umurnya...
Alhamdulillah. Syukur juga ada anak menantu yang baik.
Ya, khidmat lepas jualan Perodua agak.lebih baik dari Proton....
Alhamdulillah.. Kereta baru ni insyaAllah dalam 3-4 taun tak dak yang perlu diganti.. boleh la jimat tang tu...
Tapi makchaq sayang sangat kat kereta makchaq yang dah masuk 11 taun.. sayang sangat pasai dah habih bayaq...he he..
Saya masih ada kereta yg dah berusia 15 tahun (Nissan Serena) yg hingga kini tak pernah buat hal (kecuali tukar bateri dan pembaikan kecil2). Perkara paling benci ialah beli kereta yg tak tahan lama, hutang belum selesai dah kena stroke...
kamsiah,
kereta IM tak tahulah semapat atau tidak IM menlangsaikan.
kak cik,,
alhamdulillah. menantu IM nampak matang dan toleran.
mak chaq,
kereta baru tak banyak bunyi. kancil IM memang menyenakkan perut bila dibawa memandu.
JR,
IM mampu takat beli viva jer. serena cuma ambik bau jer..
Catat Ulasan