Khamis, 7 November 2013

Wi Fi

Nampaknya, aku boleh ucap bye..bye.. kat Celcom brodband yang dah aku langgan sekian lama ini. Cuti panjang Deepavali baru ni Along langgan Streamyx Wi Fi. Haa... Satu rumah boleh layari internet dalam bilik masing-masing.

"Ayah... Udahnya, Angah dengan Ayu tak sembang. Dok layan talipon je..." Ujar Angah tadi.

"Haaa... Sikit hari Marissa pun join sama. Hangpa cit cat dalam Facebook jer walaupun dok dalam satu bilik.." balasku.

Streamyx itu sebenarnya milik Along. Dia langgan semasa masih student dulu dengan pakej student untuk RM68 sebulan unlimitted. Susah payah dia pindahkan alamat Streamyx itu dari KL ke rumah aku ini. Dia nak tukar ke U-Mobile sebab mudah di bawa berjalan.

"Kalau on modem 24 jam pun tak apa, kan ayah....?" Tanya Angah.

"Ye la.. tu. Habis bil letrik?" Tanyaku pula, "Silap haribulan masa kita tak ada di rumah dan tinggal ibu sorang-sorang... berasap modem tu, sapa yang nak tengok?"

Apa yang kurang enak pula ialah, Akhmal dah mula panggil kawan-kawan dok depan pc sama. Inilah yang susahnya dengan anak aku yang sorang ni. Aku bimbang, kelak.. semakin ramai kawan-kawannya berlunggok di rumah aku semaa-mata kerana mahu tumpang sekaki wi fi aku nih!

Bukan kedekut... Masaalahnya nanti ialah hilang privacy aku terutama ibu_suri...

4 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

pc umah saya tak pernah off...:)
kecuali nak tinggalkan rumah beberapa hari..

Tanpa Nama berkata...

dah 4 tahun saya langgan streamyx ni, memang puas hati walau pun kurang laju berbanding unify. tak kisah, sebab pc pun zaman jepun punya. kalau guna wifi cuma telefon dengan laptop (kadang2).

Kakcik Seroja berkata...

Modem kat rumah kakcik memang tak pernah ditutup kecuali atas sebab yang tak dapat dielakkan. Dulu pakai streamyx kemudian tukar unify.

Macam ada yang kurang kalau tak ada talian internet!... :)

JR berkata...

Rumah saya juga pakai streamyx, memang puas berbanding Celcom dan Maxis. Cuma sekarang 3 anak2 yg cuti semester balik rumah, memang line slow sikitlah sebab ramai yg share line yg sama. Maklumlah waktu malam dalam rumah kami ada 8 orang, semuanya ada laptop/tablet, semuanya online serentak...Dah minta masuk unify utk laju sikit, malangnya di Alor Setar unify belum masuk......