Khamis, 5 Disember 2013

Hari Esok

Aku masih tidak dapat mengclearkan kerja saki baki yang ada di ofis. Sekarang ini dah bulan Disember. Sasaran aku ialah nak memastikan setiap kali balik kerja, rak-rak peralatan untuk di kalibrasi, kosong. Dan esok pagi pula aku boleh membuat cleaning 5S dengan selesa. Sayangnya, aku masih terkapa-kapa. Terasa jemu dengan kerja rutin yang seperti tak berkesudahan.

Semasa turun makan aku sempat beriringan dengan seorang rakan Cina.

"You mau kerja sampai 60 ka?"

"Tak tau la. Tengok macam mana. Sekarang pun sudah rasa macam mau berhenti. Jemu dengan pressure kerja."

"Ye la... Patutnya orang macam kita sekarang rileks kat rumah. Pergi sembahyang saja atau buat charity."

Aku teringat abah aku yang walaupun udah pencen kerja sebagai buruh MBI (Majlis Bandaran Ipoh), meneruskan kerja memesin rumput dan memotong pagar di rumah-rumah taukeh Cina sekitar Taman Ipoh dan Taman Canning. Tujuannya tak lain adalah untuk meneruskan pencarian rezeki. Anak-anaknya tak banyak yang dapat membantu termasuk aku. Masa itu ada 2 lagi adik yang masih belajar malah memasuki U. Hakikat itulah yang perlu aku perhati.

Kos hidup sekarang terlalu tinggi. Tanpa pendapatan yang besar, sukarlah aku menikmati keselesaan seperti hari ini.

Apa yang akan terjadi kiranya aku telah pun mencapai 60 tahun. Atau mungkin sudah tidak mampu bekerja esok....lusa?

Ntahlah!

6 ulasan:

JR berkata...

Sekarang ramai yg dah pencen sebelum 60. Tak larat, kata mereka, kerana asyik sakit2 dan MC, lebih baik beri peluang kpd mereka yg masih menganggur di luar sana. Tapi jika kita masih gagah, apa salahnya kan??

NzA berkata...

kalau masih kuat n minat masih kuat teruskan je IM...Abah saya bersara di usia 55 thn sebagai seorg pengetua sk tinggi.... lepas bersara beliau buntu sbb dah lama bekerja..skrg di usia 68thn masih aktif sebagai penceramah bebas di bawah JAKIM....
Saya tetap memilih 56 thn..xtahu mampu ke tidak meneruskan kerja guru yg makin membebankan tu.....

radziah AR berkata...

setuju dgn NzA : xtahu mampu ke tidak meneruskan kerja guru....saya juga memilih pencen usia 56. tapi terfikir, sampaikah usia saya... bagaimana dgn sara diri nanti. saat itu perlu duit banyak, bersedia utk sakit,
wallahuaklam...kita ada doa dan pastinya Allah

Nor Azimah Ali berkata...

jangan putus harap dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita ada DIA

ANIM berkata...

saya serahkan bulat2 pada Allah. kalau mampu, saya teruskan. kalau tidak, saya minta opsyen awal. kalau kerja dalam keadaan tak larat, ada pulak yang mengata pulak. apa2pun, semua dalam pengetahuan Allah jua

mario berkata...

kat cni rupanya bro IM, ingatkan dah taknak tulis diblog...sorry...sy baru tau ni...