Entah kenapa hari ini aku berasa teramat jemu. Tapi aku tak boleh nak salahkan ibu_suri. Dia pun tentu sebenarnya tidak minta jadi begini. Dah suratanNya.
Tambah jemu ialah bila diringi dengan keresahan. Resah melihat Akhmal yang aku kira sudah berbalik ke perangai lama. Tadi mertuaku bertanya pasal dia. Aku cuba bertahan untuk tidak mahu bercerita apa-apa.
Aku teringat adikku Duyah yang dipertanggungjawapkan menjaga mak. Aku yakin, Duyah juga seperti aku... jemu. Bertahun-tahun membuat rutin yang sama tanpa sikit pun boleh lengai atau lari dari tanggungjawap. Pagi, dia akan membuat sarapan untuk mak dan sediakan ubat. Begitu juga tengahari. Begitu juga malam. 7 hari seminggu. 30 hari sebulan. 365 hari setahun. Tugasan yang tidak ada gelemer. Tiada orang tahu dan ambil kisah.
Kekadang Duyah menghantar sms kepadaku bercerita tentang mak. Aku sebagai abang sulong mahu tidak mahu terpaksa memberi respon yang positif ransangannya. Walaupun ketika ber sms itu aku sendiri berperasaan seperti dia. Jemu dan cemus.
Ntah bilalah aku boleh berasa bebas. Boleh buat hal sendiri tanpa terikat dengan ibu_suri. Boleh tidur sampai bangun sendiri. Boleh keluar dan beli belah tanpa perlu terkocoh-kocoh, bimbang ibu_suri yang tinggal di kereta mau ke bilik air atau di usik orang.
Justeru itu aku beritahu pada adik-adikku yang lain supaya jika ada pelan nak balik kampung, beritahu siap-siap kepada Duyah. Dan bila adik-adikku yang lain ada di rumah mak, biarkan Duyah pula berehat dan mereka ambil aleh tugas menjaga kebajikan mak.
Sayangnya, aku bila balik kampung, hanya balik hari. Tidak boleh bermalam kerana masaalah pada ibu_suri. Jadinya, aku hanya boleh mengarah adik-adikku menjaga mak tetapi aku sendiri tidak berbuat begitu.
Sebab itu, hujung minggu adalah masa yang aku tunggu-tunggu. Dan sebolehnya aku tidak mahu ibu_suri ikut sama. Aku mahu sendirian ke Tasik Mengkuang, riadah dan kemudiannya singgah di Masjid Kubang Semang untuk solat Dhuha dengan banyak-banyak rakaat; minum sambil baca Harakah. Kemudian barulah singgah di kedai membeli lauk dan balik rumah mengemas dapur sambil menunggu nasi yang ditanak itu masak.
Macam pagi tadi. Dan harapnya..... begitu juga di hari esok!
8 ulasan:
Nasib IM seperti abah sy yang menjaga mama yg lumpuh, rabun n pengidap jantung kritikal..InsyaAllah, setiap titik peluh kalian pasti ada ganjaran drNya.....
Assalamualaikum IM. Ganjarannya di akhirat, IM. Sy doakan mdh2an IM diberi Allah ganjaran yang besar. Mdh2an juga kita dijauhi Allah dari diduga dengan sesuatu yang tidak dapat kita tanggung. Amin.
Berat dugaan yang IM lalui, moga tabah dan sabar mengiringi IM dalam menghadapi ujian ini.
Bukan senang hendak mencari insan yg memahami hati org lain spt IM dan adik perempuan IM. Saya memahaminya kerana saya & isteri kini menjaga mak mentua saya yg uzur yg tinggal bersama kami. Kdg2 kesian dgn mak mentua kerana anak2 (5 org) walaupun semuanya tinggal di kawasan sekitar Alor Setar, tapi kebanyakan mereka cuma menjenguknya di hari Raya. Dulu aruah bapa mentua juga hadapi masalah yg sama, anak2 yg tak menjaganya hanya sibuk selepas dia meninggal, itu pun cuma bertanya kabar tentang harta pesaka...
salam.. kalau kite ikhlas menjaganya, pasti keikhlasan itu akan membawa ke Syurga.. x perlu alsn lain untuk ke syurga.. hanya Allah yg tahu.. kita ke Syurga bukan sebab ibadat byk2.. tp kerana keredhaan Allah.. crlah redha Allah di mana2.. mgkn ada pd ibu suri.. allahualam..
dulu bila baca blog IM, akak rasa akak cukup faham apa yg IM rasa. Sekarang, dengan keadaan akak ni, akak laaaaagilah tau apa yg IM rasa..Kita berdoa semoga Tuhan tidak ketepikan doa2 kita, semoga kita terus melangkah dgn gagah. We have to, we got no choice.
Bersabarlah im, kerna apabila mereka sudah tidak ada lagi, kita akan merasa amat kehilangan...belum tentu lagi kita akan merasa bahagia...
Ya Allah..berilah kebahagiaan utk I'm ni..berat mata memandang lg berat bahu memikul...bsabarlah I'm..insyaAllah mentari masih ada esok lusa
Catat Ulasan