Isnin, 23 Disember 2013

Ke Johor ...3

Sambung semula catatan jaulah aku ke Johor. Harap kalian tidak jemu membacanya.

Aku perasan pemandu bas - Amin mengintai panel meter berkali-kali.

"Kena isi minyak ni..." ujarnya mungkin kepada pemandu satu lagi - Hamid. 

"Tadi ada petrol station kat hentian rehat, kenapa tak singgah?" tanyaku.

"Kena singgah kat Shell."

Ooo... Mungkin syarikat bas ini hanya berurusan dengan satu syarikat minyak saja yakni Shell supaya mudah urusan pembayaran, fikirku.

Aku perhatikan meter fuel. memang semakin hampir ke paras minima. Tak lama kelihatan hentian rehat dan ada stesyen Shell. Bas membelok masuk tapi ditahan oleh pekerja Shell.

"Tangki bawah baru saja isi."

Amin kelihatannya sedikit gusar. Kemudian memandu keluar semula ke dada lebuhraya. Aku heran juga dengan kejadian tadi.

"Kenapa tak isi minyak?" tanyaku.

"Lori baru saja isi tangki besar depa dengan minyak tadi." terang Amin. Aku tak faham. Di tambah dengan bunyi derum bas buat aku tak berapa dengar penjelasan Amin. 

"Kalau lori baru saja isi minyak ke dalam tangki, kita kena tunggu lama sikit baru minyak itu akan naik ke atas dan ayaq turun ke bawah. Kalau kita pam juga minyak tu ke dalam tangki bas nanti kita dapat minyak bercampur ayaq. Rosak lah enjin bas. Kena overhaul pulak!" 

Aku semakin tak faham. Beberapa kali juga bertanya. Apa pasal pulak dalam tangki ada air? 

"Memang setiap tangki besar kat stesyen minyak ni ada air di dalamnya. Tujuan dia supaya tangki tak terapung bila minyak dah kurang. Bila minyak kurang dan lori isi dengan minyak baru, air akan bercampur dengan minyak. Kena tunggut sikit masa supaya minyak naik ke atas dan air turun semula ke bawah. Masa itu baru kita boleh pam minyak ke tangki bas."

Jenuh juga aku memikirkannya. Perlahan-lahan baru otak aku dapat menangkap maksud kata-kata dari Amin tadi.

Mungkin inilah yang berlaku kat stesyen minyak Caltex depan taman tempat aku tinggal. Heboh satu masa dulu depa kata minyak kat Caltex itu bercampur air. Beberapa pemilik motor terpaksa overhaul enjin motor mereka kerana terguna petrol yang bercampur air. Teori inilah yang sebenarnya berlaku!

Aku mendapat satu pelajaran baru malam ini!

4 ulasan:

JR berkata...

Dah berpuluh tahun ada lesen kereta, inilah pertama kali saya dpt info seberguna ini. Rupanya org berniaga ni ramai yg pikir tentang duit saja kan...?

Bearcat berkata...

Saya tak rasa depa campur air dalam minyak untuk tujuan menipu. Yang saya faham supaya tangki tu tak terapung kena ada pemberat...
betul ke IM?

Cer elaborate lebih skit hihi....saya pun baru tahu perkara ni.

Tanpa Nama berkata...

kenapa ye, takde lagi ke engineer yang boleh selesaikan masalah `terapung' ni selain daripada kaedah semulajadi. mesti ada mekanisme yang kurang risiko kan?

Kakcik Seroja berkata...

Oh...macam tu, ya?