Ahad, 5 Januari 2014

Ke Johor ...Akhir

Sambung semula cerita jaulah ke Johor.

Tiba di exit Skudai jam agaknya 7.30 pagi.  Setelah sarapan pagi di rumah saudara abah yang aku pun tak pasti rumah pangsa di mana, kami menuju ke rumah inap Mutiara Rini.

Aku dan ibu_suri bernasib baik kerana diberi bilik bawah yang dekat dengan dapur. Walaupun tanpa pendinginhawa, tapi just nice kerana mudah untuk ibu_suri ke bilik air dan ke dapur. Sayangnya, ada nyamuk la pulak walaupun taklah ramai...



Rumah inap ini memang selesa. Sewanya cuma RM350 untuk 2 hari. Murah tu. 

Khabarnya, kat Penang sekaki persegi rumah berharga RM600. Rumah mertua aku tu saja pun harga semasa dah mencecah RM700 ribu. Jadi, kalau rumah semacam rumah inap yang ini kalau di Penang mau berharga RM1juta.

Pagi esoknya, anak menakan keluar jalan-jalan tengok bandar Skudai. Khabarnya mereka juga pergi ke pasar Karat. Mulanya aku tak faham kenapa di panggil Pasar Karat. Mungkin sinonim dengan Rope Walk kat Penang atau Memory Lane kat Ipoh, Perak. 

Aku malas nak pergi mana-mana sebab ibu_suri dah mula mengadu sakit lutut sebab terlalu banyak berjalan dan turun naik bas. Aku biarkan dia tidur sahaja di katil. Tak mahu ganggu lenanya, aku cuma berbaring di lantai.

Boring juga duduk saja tanpa boleh buat apa-apa. Baca akhbar pun dah khatam semuanya. Rugi tak bawa laptop.


Esok paginya jam 5 aku dah terjaga dan tak boleh tidur. Selepas selesai solat tahjjud dan zikir aku kelitin sana sini dalam rumah membelek barang perhiasan berupa koleksi botol dan cawan. Akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar jogging keliling taman. Jogging pakai selipar saja. Sapa nak ambil kisah. Macam-macam bentuk ubahsuai rumah dan feel manusia aku jumpa.



Tengaharinya, kami ke majlis perkahwinan adik beradik mertuaku itu. Ringkas saja pelamin dan majlis keramaian itu tapi meriah. Lokasinya di ground floor - tempat parkir kenderaan rumah pangsa tempat mereka tinggal itu. 

Yang bestnya, majlis dihiasi dengan band mereka sendiri yang mana penyanyi dan DJ adalah di kalangan adik beradik mereka. Bolehlah aku katakan bahawa orang-orang Johor yang berketurunan Rawa ini mesra dan menghargai antara satu sama lain.

Walimatul urus ini, sesuatu yang istimewa aku jumpa ialah ada lontong. Mungkin biasalah pada orang Johor tapi pada aku inilah masanya aku nak rasa bagaimana agaknya sedap itu jika dibuat oleh orang Johor sendiri. Huu... memang angkat ibu jari beb!




Dan paling istimewa, yang selama ini aku cuma dengar orang bercerita melalui facebook sahaja ialah burger bakar. Sebab ini majlis kenduri kahwin je... kalau tak mahu aku beratur kali ke 2 untuk order burger bakar ke 2.... dan mungkin ke 3.

Biasalah, kalau nak jumpa adik beradik ni kata orang, time kendurilah. Mertua aku bukan main lagi gembira hingga sebek dan tangis bila dapat menatap wajah adik beradik yang mungkin agaknya bertahun-tahun berpisah. Aleh-aleh bertemu tatkala rambut dan putih dan kederat dah mula goyah.

Aku pandang semua itu dengan penuh insaf!

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik suka makan lontong. :)

Tanpa Nama berkata...

nak 2nd round burger bakar? bang, jaga sikit kesihatan tu... hehehee...

Kamsiah yusoff berkata...

adik saya dok Tanjung Tokong,beli rumah 160k..geramnya say asbb disuruh beli rumah kat area kulim ni..160k dah boleh dapat 2 biji rumah teres..sedangkan yg dibelinya tu pangsapuri dgn dapurnya tak boleh masuk 2 org..

sud@is berkata...

sekali sekala tengok majlis kenduri luaq dr tmpat kita seronok jg kan

ANIM berkata...

Mak mertua IM asal johor ka?
Burger bakar kat majlis kahwin? 1st time tau ada...

TiranaAduka berkata...

salam
Nampak cam lontong original tu.

JR berkata...

Macam2 gimik kenduri zaman sekarang. Teringat hadir satu kenduri di Baling, setiap orang diberi kupon. Rupanya ada cabutan bertuah utk mereka yg hadir....

mama maman aka yana berkata...

cantik rumah tuh.. :)