Rabu, 1 Januari 2014

Muhasabah

Hari ini terasa cukup tenteram lay-park di kedai makan sisi Masjid Kubang Semang selepas selesai riadah di Tasik Mengkuang. Harakah edisi Isnin, baru hari ini sempat aku telaah sambil meneguk secawan Radix dan jamah secucuk cucur bawang kegemaran.


Sebelum itu, usai Dhuha di masjid, aku sempat muhasabah diri sendiri. Mengimbas peristiwa semalam dan menghimbau masa hadapan. Memugar sikap dan semangat aku untuk memperbetulkan mana-mana perbuatan yang telah tersilap dan merancang mana-mana permasaalahan yang perlukan penyelesaian.

Pernah aku dengar orang berkata - waktu paling baik bermuhasabah ini ialah di ketika masih di sejadah. Di masa itu hati kita lembut. Nurani kita akan bercakap benar tentang kelemahan diri sendiri.

Antara waktu yang paling baik untuk berdoa pula ialah ketika dalam sujud terakhir. Untuk itu, yang paling utama doaku ialah kesihatan yang baik untuk diriku agar dapat terus menjaga kebajikan ibu_suri sebaiknya. Dan memohon Allah mengurniakan taufik dan hidayah dan jalan yang lapang buat ibu_suri dan anak-anakku.

8 ulasan:

JR berkata...

Saya juga selalu mendoalan perkara yg sama ketika bersujud - kesejahteraan keluarga....

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah. Aminnnn.

ANIM berkata...

Amin..semoga doa dimakbulkan..

Kamsiah yusoff berkata...

sentiasa bersangka baik dgn Sang Pencipta..

TiranaAduka berkata...

amin amin amin..

Kakzakie Purvit berkata...

Membaca N3 ini kakak turut memuhasabah diri kakak sama IM. Moga tahun ini memberi lebih kebaikan buat kita semua..

Cik Wawa berkata...

salam IM

sy kagum dgn IM! IM insan yang cekal... moga tabah IM...

MulutPayau berkata...

Semoga tahun ini lebih baik dari thun2 sblumnya dan semoga kita sntiasa di bawah limpahan rahmat-NYA