Katanya, motor pancit. Aku dah berkali-kali suruh dia tukar tayar luar sebab dah botak. Bahaya jika menunggang laju lebih-lebih lagi bila hujan. Hari ini, terlanjur pancit, aku belikan tayar baru - RM55 ringgit. Mahal dari tayar biasa sebab kata mekanik, ini rim saiz 18. Biasanya motor cub guna rim 17.
'Nak ke mana pulak ni?' soal ku bila dah siap tukar tayar, dia mandi dan berwangi-wangi. Aku tahu, itu maknanya langkah dia panjang.
'Nak pi Sungai Petani' ujarnya dengan perangai kelam kabutnya macam selalu. Moodnya happy saja.
'Ayah, boleh minta duit sikit?'
'Pagi tadi kan dah bagi RM15?' Itu memang duit poketnya setiap hari aku bagi.
'Habis beli makan dan beli tiub tayar pancit tadi.'
Aku selok kocek dan bagi not RM20. Nak pergi SP tak pasti cukupkah dengan duit kaler oren nan sekeping itu. Brumm.. brumm.. renggg.... dia berlalu pergi meninggalkan kecamuk.
Aku tergesa-gesa menggosok baju untuk kerja esok. Kemudian capai tuala untuk mandi. Perlu segera siap sebab jam dah hampir ke waktu Isyak. Ada usrah sekejap lagi. Aku ingat nak bawa ibu_suri pergi sama. Kesian dia tinggal sendirian di rumah. Sendirian tunggu aku dalam kereta tepi surau Taman Pelangi mungkin lebih baik.
Belum sempat masuk ke kereta selepas selesai uruskan ibu_suri yang tiba-tiba ke 'sungai besar', talipon aku berringtone.
'Ayah, motor pancit lagi. Ada kat RnR Sungai Dua ni!'
Arrggghhh... ada saja budak sorang ni.
Terpaksa pula aku carikan tiub baru. Dah 9 lebih malam. Kedai sana dah tutup. Kedai sini, tiub jenis 18 tu dah habis stok. Sabar saja....
Akhirnya dapat juga di kedai Cina pekan Penanti. Satu tiub harganya RM10. Bimbang takut pancit lagi, beli 2 set. Perhati jam Hijra kat tangan, dah 10 lebih.
Aku segera memandu ke arah Seberang Jaya. Perlu isi petrol dulu. Tangki tinggal 2 bar. Lepas tu pergi tandas. Talipon naqib, Cerita yang ringkas sebab kenapa. Aku jangka tak sempat nak hadir usrah malam ni.
'Tak apa kalau anta tak sempat datang. Cuma minggu depan ana nak bagi assignment kat anta. Cari bahan. Tajuk - Syariat Dalam Islam.' Hu...huuu....
Sampai di Stesyen Shell, RnR Sungai Dua. Tetiba panas pula hati bila lihat dia rileks saja berbaring atas motor. RnR ini memang kegemaran anak-anak remaja lepak. Couple sana, couple sini. Aku cukup tak gemar ke sini.
'Hati-hati ke SP tu. Jangan bawa laju-laju. Tayar belakang tu baru lagi. Keras getahnya. Kalau tak hati-hati boleh tergelincir,' pesanku. Dengan dia ni bukan boleh membebel terlalu sangat. Nanti hanginnya naik satu badan.
Bila aku kira-kira... malam ni saja aku dah habiskan hampir RM100 untuk melayan kerenah dia saja. Dan paling malang.... aku terpaksa ponteng usrah.
Akhmal! Akhmal! Kalau bila dah besar nanti kau lupa susah payah ayah selama ini, ntahlah.....
7 ulasan:
Saudara IM,
Semoga terus diberi kekuatan dan kesabaran dan semoga Akhmal boleh berubah menjadi 'orang dewasa' yang boleh meringankan beban Ayah
Untungla kamu Akhmal punya ayah yang tabah hatinya dan sentiasa menyenangkan kamu.
Moga satu hari nanti kamu sedar akan apa ertinya pengorbanan seorang ayah!
kalau guna tayar tubeless pun ok jugak bang. mahal sikit la tapi lebih tahan, lebih grip, lebih selamat... kalau tampal modal cuma rm5 je.
Saya juga pernah hadapi kerenah anak yg memeningkan kepala masa mereka kecik2 dulu. Alhamdulillah bila dah besar2 ni dah cerdik banyak....
memang pening hadap kerenah anak, jangan lupa doa selalu untuk dia, itu ujian buat IM, yang jika diterima denga sabar dan redha akan ada nilaiannya di sisi Allah
nilai RM100mcm RM10 skrg ni IM. Teruskn brdoa utk Akhmal..moga suatu hr nnti dia brubah...InshaAllah...
beruntung akmal punya ayah seperi IM..layan kerenah dengan sabar. moga akmal akan berubah satu hari nanti
Terima kasih semua yang menulis komen.
Tak dan nak balas...
BW jer...
Catat Ulasan